Sardin Telur Bungkus & Goreng, Sedap Gila Wei.

Share

Berita baik untuk penggemar  ikan sardin tin. Asyik bosan dengan menu sardin tumis, gulai dan goreng,  kali ni admin nak perkenalkan menu sardin cara baru, ala-ala fusion kononnya. Tapi admin yakin ramai yang suka… tak caya cuba ya.

IKAN SARDIN PERCIK

BAHAN-BAHAN:

1 tin besar ikan sardin | asingkan kuah dan isinya

BAHAN KUAH PERCIK:

  • 500ml santan kotak
  • 1 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 helai daun kunyit | carik dan simpul
  • 5 tangkai cili kering | kisar
  • 4 ulas bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 2 cm halia | kisar
  • 2biji buah keras | kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Bakar ikan sardin menggunakan ketuhar atau pemanggang.  Setelah garing angkat dan ketepikan.

2. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kisar bersama santan.

3. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.

4. Setelah mendidih masukkan asam gelugor, serai dan daun kunyit.

5. Kacau hingga  kuah pekat.

6. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

7. Setelah timbul minyak. Tutup api  dan hidangkan ikan sardin bakar tadi dengan sos percik.

SARDIN TELUR BUNGKUS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
  • Sedikit  cili benggala | dadu halus
  • 1 pokok daun bawang | hiris halus
  • 1/2 biji buah tomato | dadu halus
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
  • 1 biji bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak

BAHAN TELUR DADAR:

  • 2 atau 3 biji telur
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:

1. Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.

2. Panaskan  minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.

3. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.

4. Seterusnya masukkan  sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.

5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Setelah kuah kering,  tutup api.

7. Sediakan pula telur dadar,  pecahkan telur dalam mangkuk.

8.  Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.

9. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.

10. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz  sesuai dengan  isi sardin tadi.

11. Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.

12. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

 

Published by
Norasida Myasin