Makan

Resipi Sardin Tin Masak Lemak Cili Api, Buat Pedas Lagi Sedap

Share

Selalu sardin dalam tin kita buat sambal saja, ia juga boleh dibuat masak lemak cili api. Ada yang dah biasa memasaknya untuk hidangan keluarga tapi mungkin ramai belum pernah rasa keenakan sardin tin masak lemak cili ini.

Atiqah Sulaiman salah seorang daripadanya. Kata beliau selama ini dia hanya mendengar rakan menyediakannya namun setelah mencuba, ternyata lauk ini  tersangatlah sedap lebih-lebih lagi kalau dibuat pedas. Beliau turut berkongsi resipinya bagi yang mahu cuba memasaknya kali pertama.

Sardin tin buat masak lemak cili padi

 

Bahan kisar

Kunyit hidup
Cili api (letak lebih jika suka pedas menyengat)
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan lain

1 tin sardin sos tomato
Kentang – dipotong
Kacang panjang -dipotong
1 batang serai diketuk
Santan secukupnya

Cara membuat

1. Dalam periuk atau kuali tuang sedikit air dan letak bahan kisar

2. Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk.

3. Masukkan santan dan kacau hingga pecah minyak.

 

4. Kemudian bolehlah masukkan sardin tin bersama sosnya sekali.

5. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa, dan kacau.

6. Akhir sekali masukkan kacang panjang. Biarkan dalam dua minit dah boleh tutup api.

INFO: Masak lemak cili api asli Negeri Sembilan tak menggunakan bawang. Hanya gunakan cili api dan kunyit.

Sumber: Atiqah Sulaiman

 

Published by
Rose