Nak menu moreh yang mudah dan penuh rasa? Sardine Melt Toast adalah jawapannya. Gabungan roti yang rangup dengan sardin dan keju menjadikan ia satu hidangan yang sempurna. Setiap gigitan amat menakjubkan. Hasilnya memang luar biasa. Lebih-lebih lagi bila menggunakan Perfect Italiano Mozzarella dan Anchor Spreadable. Jom cuba nanti.

Sardine Melt Toast, Hidangan Yang Enak, Cepat & Penuh Rasa

Sardine Melt Toast, Hidangan Yang Enak, Cepat & Penuh Rasa

Sardine Melt Toast, Hidangan Yang Enak, Cepat & Penuh Rasa

Ads

 

SARDINE MELT TOAST

Sardine Melt Toast, Hidangan Yang Enak, Cepat & Penuh Rasa

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin
  • ½ tin sos sardin
  • ½ cawan mayones
  • 30gm Anchor Spreadable
  • 150gm Perfect Italiano Mozzarella
  • 30gm daun sup | dihiris
  • 3 biji cili padi | dihiris
  • ½ biji bawang holland | kisar kasar
  • 4 keping roti putih | untuk 4 hidangan
  • Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango
  • Parsli kering | untuk hiasan

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk, masukkan isi ikan sardin bersama ½ tin sos sardin. Gaulkan bersama mayones, daun sup, cili padi, bawang holland hingga sebati.
  2. Sapukan Anchor Spreadable di kedua-dua bahagian roti. Letakkan inti sardin dan taburkan keju Perfect Italiano Mozzarella.
  3. Bakar di dalam air fryer pada suhu 170°C selama 10 minit. Taburkan parsli kering sebagai hiasan.
  4. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

Roti Telur Cheese Yang Mudah, Cepat & Mengenyangkan

Ads

Resipi Nasi Goreng Kampung, Makan Sekali Pasti Nak Lagi!

Resipi Nasi Goreng Butter Prawn, Wangi & Penuh Aroma

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

Ads

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI