Sardine roll. Buat banyak sekali gus, boleh frozen. Kalau nak makan, keluarkan dan goreng. Mudah kan?
Lagi satu, bila buat sendiri, lebih jimat dan kita boleh adjust rasa ikut selera kita sendiri. Betul tak?
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Izz Aisyah ini ye. Selamat mencuba.
Sardine Roll
Bahan-Bahan Untuk Kulit:
3 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
1 sudu besar tepung beras – boleh beli online di sini
2 sudu besar marjerin – boleh beli online di sini
1 sudu besar tepung jagung – boleh beli online di sini
1/4 cawan minyak masak/minyak jagung– boleh beli online di sini
Sedikit garam – boleh beli online di sini
Air sedikit (uli nanti agak-agak je sampai tepung tak lekat)
Bahan-Bahan Untuk Inti Sardin:
1 biji bawang merah ( potong dadu ) – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih ( cincangkan ) – boleh beli online di sini
1 tin sardin (buang tulang, isi ikan dilenyek sampai hancur )
2 sudu sos cili – boleh beli online di sini
Ads
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Ajinomoto (pilihan) – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Untuk memasak inti sardin; Tumiskan bawang merah dan bawang putih tadi sampai kuning. Masukkan sardin tin yang dilenyek tadi bersama kuahnya.
Masukkan sos cili. Perasakan dengan gula, Ajinomoto ( tak nak bubuh pun tak apa) dan garam secukup rasa. Gaul rata , biarkan inti tadi masak dan kering. Boleh tutup api. Inti ni kalau ada yg nak letak kentang pun boleh. Ketepikan.
Untuk membuat doh; Cairkan marjerin bersama minyak di atas api, masak sampai marjerin larut. Tutup api.
Ads
Masukkan tepung gandum,tepung beras, tepung jagung dan garam dalam mangkuk, gaulkan sampai jadi macam serbuk roti.
Lepas itu tuangkan marjerin dan minyak tadi. Uli sampai rata. Kemudian Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan tadi tak melekat. Rehatkan doh dalam 10 minit.
Bulatkan doh tadi ikut besar mana yang kita nak dan gelekkan sampai nipis. (Pastikan gelek sampai nipis, supaya nanti dah masak kulit dia tak tebal)
Kemudian masukkan inti dan toreh hujung kulit sardin roll ni dengan pisau ( tengok gambar).
Ads
Dah siap semua, panaskan minyak dan bolehlah goreng. Api perlahan je tau supaya masak sekata luar dan dalam. Siap.
Lebihnya boleh masukkan dalam bekas bertutup dan simpan sejuk beku. Nak makan, keluarkan dan goreng.
Roti Shokupan…shokupan tu dalam bahasa Jepun bermaksud roti kosong atau roti biasa @ plain bread. Menurut Fatin Damiadalam laman FB nya roti shokupan ini biasanya menggunakan susu dan sedikit whipping cream .
Tekstur roti ini sangat lembut di dalam dan garing di luar. Roti Jepun ini dibuat menggunakan kaedah Yudane, iaitu kaedah pembuatan roti cara orang Jepun yang dohnya dibuat dari air panas mendidih dan tepung.
Dalam resipi ini Fatin menggunakan susu panas yang dituangkan dalam tepung dan dohnya dimasukkan dalam plastik untuk disimpan dalam peti sejuk semalaman.
Ujar Fatin lagi pembuatan roti menggunakan kaedah Yudane ini sangat popular di Jepun. Paling best kaedah ini menjadikan roti lebih halus dan lembut lebih lama walaupun setelah roti sejuk. Katanya lagi,”Permukaan roti tidak disapu kuning telur tetapi cukup hanya ditaburkan sedikit tepung di atasnya”.
Jom kita cuba resipi roti shokupan, ni resipi yang dikongsikan Fatin Damia @ kakak cantik
RIBBON SHOKUPAN BREAD
BAHAN-BAHAN :
Bahan( Yudane Method ) :
1/2 cawan tepung roti
30ml susu full cream yang telah dididihkan.
** tuang susu panas ke dalam tepung dan gaul sebati. Masuk dalam plastik dan biarkan semalaman dalam peti ais.
1. Campurkan gula dan yis ke dalam susu. Tunggu sehingga berbuih. . 2. Setelah berbuih, tuang semuanya ke dalam tepung. Masukkan bahan bahan ‘Yudane Method’ yang telah disejukkan semalaman tadi. . 3. Kemudian masukkan garam, whipping cream. Uli lebih kurang 7 minit kemudian masukkan vegetable shortening. Uli lagi sampai semua adunan kalis dan tak melekat di jari. . 4. Rehatkan doh lebih kurang 1 jam. Setelah 1 jam, buang angin dalamnya dan bahagikan kepada beberapa bahagian yang disukai dan bentukkannya sesuai selera. . 5. Setelah siap dibentuk, rehatkan doh lagi lebih kurang 15 minit dan taburkan sedikit tepung di atasnya dan bakar suhu 180 darjah celcius lebih kurang 15-20 minit mengikut oven masing masing.
6. Setelah masak, sejukkan roti sebelum dihidangkan. Memang berbaloi lah dicuba.
Jika anda sukakan sandwic, resipi sandwi telur perkongsian saudari NaNie ini boleh anda cuba. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Kalau nak buat untuk meniaga pun boleh. Selamat mencuba!
ROTI SANDWIC TELUR VIRAL
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur | direbus dan dilecek
1 senduk mayones
1 sudu teh lada sulah ajishio
inti yang telah siap diadun
CARA-CARA: 1. Campur semua sekali dan gaul sebati.
BAHAN SAMPINGAN:
Tomato | dipotong bulat
Salad (Ikut suka nak guna salad pokok atau salad biji@bulat)
CARA MELAPIS:
Sapu roti dengan mentega.
Ambik sekeping roti, letakkan tomato.
Letakkan sesudu bumbu bancuhan telur dan letak atas tomato tadi. Ratakan.
Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan akhir sekali letakkan roti.
Menu kali ini cukup sesuai dijadikan sarapan dan sajian petang yang enak. Idea roti, pastri, bun roti serta pencuci mulut dari meringue memang cukup popular dan menepati selera penggemar bakeri dan pastri.
Hebat-hebat idea bakeri dan pastri dari tenaga pengajar KDU Universiti College iaitu Chef Fami Taufeq Fakarudin, Chef Adrian Pinto dan Chef Ahmad Azfar Zikri Ahmad Zaini. Jom cuba , korang boleh ceriakan sambutan Kemerdekaan dengan menu ini nanti tau.
1. PAI AYAM PASTRI LAPIS
BAHAN-BAHAN :
250gm dada ayam | dipotong kiub
12gm bawang putih | dicincang halus
100gm bawang besar | dipotong dadu
100gm batang saderi | dipotong dadu
100gm lobak merah | dipotong dadu
50gm cendawan butang | dipotong dadu
100gm tepung gandum
50gm pes tomato
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
400ml air rebusan ayam
150ml minyak masak
2 keping pastri lapis | ada dijual di pasaraya
1 biji telur
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan dada ayam dengan tepung sehingga sebati
2. Panaskan minyak masak d idalam periuk
3. Tumis bawang putih, bawang besar, lobak merah dan batang saderi selama 5 minit dengan api yang sederhana
4. Masukkan pes tomato dan masak sehingga pecahkan minyak
5. Masukkan dada ayam dan gaul rata, masukkan cendawan butang
6. Tuangkan air rebusan ayam dan renehkan selama 20 minit
7. Masukkan garam, lada hitam secukup rasa
8. Sejukkan inti pai tersebut dan sudukan inti pai tersebut ke dalam loyang pai.
9. Alaskan loyang tersebut dengan pastri lapis dan pastikan dikepilkan bahagian tepi dengan rapat
10. Sapukan lapisan telur diatas lapisan pastry rapuh tadi
11. Panaskan ketuhar pada 190”C
12. Bakarkan adunan tadi di dalam ketuhar selama 25 – 30 minit
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 25-30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Pai berlemak dengan inti ayam dan cendawan berperisa
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF : Bagi menaikkan rasa lemak di dalam sos ayam, masukkan krim cair sebanya 100ml sebelum atau semasa dimasukkan garam dan lada hitam.
2. PAI DURIAN
BAHAN-BAHAN : Bahan doh pastri bergula :
1 biji telur
50gm gula castor
125gm mentega
200gm tepung kek
3gm garam
Bahan inti durian :
350gm isi durian
250gm krim putar bergula
8gm serbuk gelatin
10ml air
CARA MEMASAK : Cara membuat doh pastri bergula (kulit pai) :
Panaskan ketuhar pada suhu 190 C.
Masukkan mentega, gula, garam dan tepung ke dalam mesin pengadun. Biarkan sehingga adunan menjadi seperti pasir yang kasar.
Masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
Keluarkan adunan tadi dan uli dengan tangan sehingga adunan tadi menjadi doh.
Jangan uli terlalu lama, rehatkan doh selama 30 minit. Canaikan doh setebal 5mm dan lapiskan di atas loyang pai
Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga menjadi warna keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
Cara membuat isi durian :
Lenyek isi durian sehingga lumat. Pukul krim putar sehingga kembang
Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang 5-10 minit dan cairkan di atas air panas mendidih (double boil).
Campurkan isi durian dan gelatin yang telah dicairkan. Masukkan krim putar ke dalam adunan durian dan gaul hingga sebati.
Tuangan adunan durian ke dalam kulit pai.
Sejukkan selama 2-3jam di dalam peti sejuk. Potong dan hidangkan.
Saiz hidangan : Satu loyang pai berukuran 10 inci @ 25 sm
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Kaya dengan rasa dari isi durian sebenar
Anggaran kos : RM30
INFO CHEF : Untuk rasa lebih lemak berkrim paipkan krim putar dan taburkan gula aising di atas pai tersebut.
3. PAVLOVA BERI BERKRIM
BAHAN-BAHAN :
100gm telur putih
100gm gula kastor
12gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
10ml cuka salad
150gm krim putar
300gm strawberi, blueberi dan raspberi
CARA MEMASAK :
Ayak tepung jagung bersama gula aising.
Pukul putih telur Bersama gula kastor, tepung jagung, gula aising, cuka salad dan esen vanilla di dalam mesin pengadun atau gunakan pemukul telur.
Pukul sehingga semua adunan tadi kembang dan pekat dan warna adunan telur menjadi putih dan bersinar.
Sudukan atau paipkan adunan ke atas loyang ketuhar yang dilapik kertas kek.
Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah Celsius. Bakar adunan tadi di dalam ketuhar selama 25-30 minit.
Sejukkan pavlova tadi, sudukan krim putar ke atas pavlova dan susunkan strawberi, raspberi, bluberi di atas krim
Ayak gula aising di atas pavlova sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Meringue
Keistimewaan : Manis dan enak dengan potongan buah-buahan serta cair dalam mulut
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Selain buah-buahan beri boleh juga digantikan dengan buah mangga, nangka dan pisang dan juga boleh dihiaskan dengan kepingan coklat.
4. BUN MANIS SUSU MENTEGA
BAHAN-BAHAN :
1500gm tepung roti | diayak
690ml air
150gm telur
75gm yis
Garam secukup rasa | diayak
90gm gula kastor
120gm mentega
75gm susu tepung | diayak
Bahan inti susu mentega:
500gm susu tepung
400gm gula castor
500gm mentega
70gm tepung kastad
50gm tepung gandum
50gm tepung jagung
Secubit garam
CARA MEMASAK :
Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun,
Adunkan dengan perlahan dan tuangkan air perlahan-lahan semasa mengadun.
Adunkan dengan kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
Masukkan mentega dan teruskan mengadun sehingga mentega sebati di dalam doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
Bahagikan doh kepada bebola berat seberat 100gm setiap satu.
Isikan bebola tadi dengan inti susu mentega seberat 30gm setiap satu. Kemudian bulatkan doh tersebut.
Rehatkan doh selama 45 minit atau shingga doh menjadi dua kali ganda besar.
Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15- 18 minit.
Cara memasak inti susu mentega :
Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam mesin pengadun.
Pukul sehingga semua bahan sebati dan rata.
Sejukkan bahan tersebut dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 20 buku bun, 30gm setiap satu
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu dan berkrim dengan inti susu mentega.
Anggaran kos : RM23
INFO CHEF : Boleh juga menggunakan inti coklat.
5.ROTI PANDAN KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN :
1500gm tepung roti | diayak
690ml air
150gm telur
75gm yis
Garam secukup rasa | diayak
90gm gula kastor
120gm mentega
75gm susu tepung | diayak
100gm pes pandan
Bahan inti :
500gm pes kacang merah | sudah siap dijual di pasaraya @kedai bakeri
CARA MEMASAK :
Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun.
Adunkan dengan kelajuan sederhan sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
Masukkan mentega dan pes pandan dan teruskan mengadun sehingga campuran rata ke dalam doh.
Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit. Canaikan doh setebal 8-10mm.
Letakkan semua pes kacang merah di atas doh yang dicanai.
Gulungkan doh sehingga menjadi gulungan besar. Potong gulungan tadi dalam 3-4 bahagian.
Masukkan doh ke dalam tin pembakar.
Rehatkan doh selama 45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali ganda besar
Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15-18 minit.
Saiz hidangan : 4 buku roti
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu berperisa pandan dan inti kacang merah yang enak.
Anggaran kos : RM25
INFO CHEF: Resepi yang sama boleh digunakan untuk inti coklat, kastad, kaya ikut citarasa masing-masing.
RESIPI : FAMI TAUFEQ FAKARUDIN, ADRIAN PINTO & AHMAD AZFAR ZIKRI AHMAD ZAINI TERIMA KASIH : KDU UNIVERSITI COLLEGE, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.