Masakan padang yang berasal dari Indonesia, Sate Kambing yang penuh dengan rasa perapan ringkas.
SATE KAMBING ALA CIBIUK
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing ] potong dadu
- 15-20 batang lidi pencucuk sate
BAHAN PERAPAN (KISAR) :
- 10 biji bawang merah
- 3 batang serai
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
- 5 helai daun limau nipis
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 150ml kicap manis
- Garam dan guna secukup rasa
BAHAN KUAH KACANG:
- 400gm kacang tanah ] digoreng dan dikisar
- 600ml air
- 200gm kicap pekat manis
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 8 tangkai cili kering
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging kambing yang telah dibersih dan tos dengan bahan perapan. Kemudian perap sekurang-kuranganya 15 minit.
2. Seterusnya cucuk daging kambing pada lidi sate hingga habis, ketepikan.
3. Sementara ini, sediakan kuah kacang.
4. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar halus hingga wangi.
5. Masukkan kacang tanah yang telah dibancuh dengan air. Kacau rata.
6. Setelah mendidih masukkan kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa.
7. Biarkan mereneh hingga timbul minyak. Tutup api dan ketepikan.
8. Seterusnya sediakan pemanggang, panggang sate hingga masak.
9. Kemudian hidangkan bersama kuah kacang.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu Memasak: 45 minit
Cara Memasak: Bakar dan tumis
Jenis Masakan: Hidangan appetizer
Keistimewaan: Enak dengan rasa pedas-pedas manis.
Anggaran kos: RM30
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Masak Lemak Bersantan Tapi Versi Lebih Sihat & Kurang Kolesterol.
Sajian berlemak serta bersantan semestinya antara masakan kegemaran rakyat Malaysia. Macam-macam hidangan boleh disediakan. Terasa puas bila menikmatinya. Tapi kurang bagus untuk kesihatan jika dimakan selalu. Oleh itu, bagi yang memang gilakan lauk ni, RASA kongsikan beberapa resipi masak lemak tapi dalam versi yang kurang santan dan sedap. Anda boleh cuba sendiri di rumah.
1. AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ayam – potong kecil
- 2 biji ubi kentang – potong dadu
- 500ml susu rendah lemak atau susu sejat
- 10 biji cili padi hijau
- 4cm kunyit hidup
- 1 batang serai – ketuk
- 1 sudu makan air
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Cili padi dan kunyit hidup dikisar halus dengan sedikit garam. Ketepikan.
- Sediakan sebuah periuk, masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama dua sudu makan air dan didihkan hingga cili masak.
- Setelah itu, masukkan ayam, separuh daripada susu, serai dan ubi kentang yang dipotong dadu. Didihkan hingga semua bahan empuk.
- Masukkan separuh lagi susu, garam dan gula secukup rasa. Didihkan seminit dua lagi.
- Kemudian angkat dan sedia dihidangkan.
2. AYAM PERCIK BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ayam – bahagian paha
- 250ml susu rendah lemak
- 1/2 sudu teh air asam jawa
- 3 biji merah
- 4 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 2cm halia muda
- 1 batang serai – ketuk
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit minyak sayur untuk menggoreng
- Garam, gula dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam dan lumur dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah lalu bakar di atas pemanggang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Bawang merah, bawang putih dan cili merah dikisar halus. Halia pula dimayang halus. Ketepikan.
- Panaskan sesudu makan minyak sayur, tumis bahan-bahan kisar, serai dan halia hingga naik bau. Jika terlalu kering, tambah sedikit air atau stok rebusan ayam/sayur.
- Masukkan susu, air asam jawa, garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
- Didihkan seketika hingga semua bahan sebati. Bila kuah keliahtan hampir pekat, tuang ke atas ayam bakar dan sedia untuk dihidangkan.
3. GULAI KUNING IKAN DAN TERUNG
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ketul ikan merah
- 3 biji terung bulat – potong dua atau empat
- 400ml santan kotak rendah lemak – campurkan 150ml air
- 3 biji cili merah
- 3 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 1 batang serai – ketuk
- 3 keping asam keping/gelugur
- Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumbuk cili merah, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup hingga lumat.
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santan dan serai. Didihkan hingga cili masak.
- Masukkan ikan, terung dan asam keping. Didihkan lagi hingga semua bahan sebati dan masak.
- Tambah garam, lada sulah dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
4. KETAM LEMAK NANAS
BAHAN-BAHAN:
- 2-3 ekor ketam – bersihkan dan potong dua
- ½ biji nenas – potong kecil
- 1/2 tin susu sejat
- 3 biji cili merah – kisar
- 4 ulas bawang merah – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 1 batang serai – titik
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 biji cili merah – hiris
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan susu bersama bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan serai.
- Masukkan ketam dan nanas. Didihkan beberapa minit hingga semua bahan masak.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan hirisan cili merah dan tutup api.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
5. LEMAK KUNING DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging salai – hiris nipis
- 600ml santan kotak rendah kolesterol
- 10 biji cili padi – tumbuk lumat
- 5 biji bawang merah – tumbuk lumat
- 3 biji bawang putih – tumbuk lumat
- 1 batang serai – ketuk
- 2 keping asam gelugur
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan tumbuk bersama serai, serbuk kunyit dan separuh santan di dalam periuk. Didihkan hingga cili masak.
- Masukkan daging salai, asam gelugur dan separuh lagi santan. Didihkan hingga semua bahan sebati. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
6. PARI BAKAR BERKUAH PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 1-2 ketul ikan pari
- 400ml susu sejat atau rendah lemak
- 10 biji cili padi
- 5 biji bawang merah – tumbuk halus
- 3 biji bawang putih – tumbuk halus
- 3cm cekur – tumbuk halus
- 1 batang serai – ketuk
- 2 helai daun limau purut}siat
- 5 keping asam aur-aur (boleh ganti dengan 2 keping asam gelugur)
- Minyak zaitun untuk menumis secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Ikan pari di tabur sedikit garam dan serbuk kunyit. Bakar hingga masak. Ketepikan.
- Di dalam kuali, panaskan 3 sudu makan minyak zaitun. Tumis bahan-bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
- Tuang susu, tambah daun limau purut dan asam aur-aur. Didihkan hingga semua bahan sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan ikan pari bakar ke dalam kuah dan masak seketika hingga kuah meresap pada ikan.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Datuk Chef Wan,Falyq Dan Radin Masak Bersama Ayam Masak Halia & Roti Sardin Salut Telur
Rasa Nostalgia Ramadan kembali bersiaran dengan membawa pelbagai resipi istimewa sempena Ramadan ini. Memang buat anda semua terlur dengan juadah yang dikongsi oleh Datuk Chef Wan bersama tetamu jemputannya. Hari ini kecoh lagi bila Falyq & Radin Amir dari konti radio bergabung menyiapkan juadah berbuka kegemaran kedua tetamu jemputan ini. Ada saja celoteh masing-masing yang mencuit hati.
Sambil memasak berborak tentang nostalgia Ramadan. Apapun resipi yang dikongsikan ini mudah buat dan memang menjadi kegemaran anda semua tatkala waktu berbuka dan sahur.
Jangan lupa saksikan episod seterusnya Rasa Nostalgia Ramadan dengan masakan dan tetamu jemputan yang hebat belaka. Jom lah standby depan televisyen setiap jam 5:00 petang buka saluran Astro Prima 105 & 125 pada hari Isnin hingga Khamis.
Pada hari ini menunya sungguh istimewa iaitu Ayam Masak Halia dan Roti Sardin Salut Telur. Jom kita lihat bahan-bahannya.
AYAM MASAK HALIA
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 18)
1 labu bawang putih
2 ketul halia (dihiris) & (ditumbuk)
3 sudu sos tiram
Minyak bijan
Cili
Cendawan Shitake
Gajus
Daun bawang
Tepung jagung
Kicap cair
Kicap pekat
Cara memasak:
1. Goreng gajus terlebih dahulu dan dibawa keluar daripada kuali (ketepikan).
2. Salut ayam dengan tepung jagung dan halia yang ditumbuk halus.
3. Goreng ayam tersebut hingga masak. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan tinggalkan
sedikit minyak.
4. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
5. Masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram, bijan dan ayam ke dalam kuali. Gaulkan bahan-bahan
tersebut.
6. Masukkan halia yang ditumbuk ke dalam kuali.
7. Selepas itu, masukkan cendawan ke dalam kuali. Gaul sehingga cendawan lembut.
8. Kemudian masukkan minyak bijan, sedikit air, gajus yang telah digoreng dan daun bawang
ke dalam kuali.
9. Gaul sehingga masak. Sedia untuk dihidang.
ROTI SARDIN SALUT TELUR
Bahan-bahan:
Sebuku roti
1 tin sardin
1⁄2 biji bawang besar (hiris nipis)
1⁄2 tangkai cili merah (hiris)
Sedikit garam
Perahan limau nipis/kasturi
3 biji telur (dipukul seketika)
Sedikit tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
Susu segar
Lada sulah
Cara memasak:
1. Roti dipotong tiga segi (potong bahagian kulit/bahagian kulit dibuang).
2. Pecahkan sardin, masukkan cili, bawang dan sardin.
3. Masukkan 1 biji limau dalam sardin (gaulkan).
4. Masukkan lada sulah dalam sardin (2 sudu).
5. Lenyekkan dan gaul semula.
6. Masukkan daun bawang hiris ke dalam sardin dan gaul.
7. Pukul telur, masukkan garam dan susu.
8. Panaskan minyak.
9. Letak inti atas roti, tutup roti dan celup ke dalam telur.
10. Goreng sampai masak. Sedia untuk dihidangkan
Hati & Pedal Ayam Goreng Kari Pedas Meletop
Selalunya hati dan pedal ayam hanya digoreng atau sebagai rencah masak sayur. Hati dan pedal dimasak dangan rempah kari mampu menutupkan bau hanyir.
HATI & PEDAL AYAM MASAK KARI PEDAS
BAHAN-BAHAN
- 10 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- Air asam jawa
- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
- 1/2 pek serbuk kari (ikut citarasa anda)
- 1 sudu sos tiram
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa
- 3 tangkai daun bwg ( dihiris ).
CARA MEMASAK:
1. Rebuskan dulu hati dan pedal ayam. Letakkan sedikit halia dan garam untuk hilangkan bau hanyir.
2. Bila sudah empuk, toskan dan letakkan sedikit serbuk kunyit. Tidak perlu letak garam
3. Gorengkan agak-agak lembap. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
4. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawag putih, hirisan halia dan cili padi. Tumis sampai naik bau.
5. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga sedikit garing. Maasukkan hati dan pedal.
6. Kemudian masukkan air asam jawa dan sos tiram. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa mengikut citarasa masing-masing. Tunggu sehingga kering.
7. Bila agak-agak sudah kering masukkn hirisan bawang besar. Terpulang pada yang jenis suka berkuah jangan masak sampai garing sangat.
8. Akhir sekali taburkan daun bawang (potong-potong agak-agak panjang sedikit)
KREDIT GAMBAR & MASAKAN: Suryani Sulaiman