Admin faham sangat kalau jadi mak tu, pening betul nak fikir menu apa nak buat untuk keluarga. Kalau boleh tu satu adunan boleh buat pelbagai menu contoh macam resipi yang dikongsikan oleh Nitaharry di Facebook ni, satu adunan boleh buat tiga menu terus macam donut, cakoi, dan pau. Boleh dapat 3 menu terus untuk 3 hari punya menu minum petang. Korang pun mesti excited nak tahu macam mana nak buat adunan ni kan? Haa jomlah cuba resipi ni nanti.
RESIPI ADUNAN DONUT, CAKOI, DAN PAU
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis/susu tepung
2 sudu kecik yis mauripan
1/2 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecik baking powder
1 biji telur
DAPATKAN KHIND MULTIFUNCTION ELECTRIC SKILLET DENGAN HARGA ISTIMEWA MENGGUNAKAN CODE RASGSP5 DISINI !!
CARA PENYEDIAAN:
Kalau guna breadmaker masuk je semua bahan.
Untuk uli tangan macam biasa air, gula, yis, susu pekat, dan telur
Bancuh dan biarkan kembang selepas itu, boleh uli macam biasa.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nitaharry
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official