Pandemik Covid-19 memang menghantui ramai orang. Masing-masing ada kisah tersendiri berdepan dengan wabak yang sangat menakutkan ini. Apatah lagi apabila dikatakan bahawa wabak ini boleh berjangkit dengan sangat mudah iaitu satu sentuhan.

Paling terjejas, selain masalah kesihatan adalah masalah kewangan. Betapa kita semua sangat terkesan apabila tidak boleh bekerja, tidak boleh keluar mencari sesuap nasi pun untuk keluarga. Semua orang terperuk di rumah dan hanya ketua keluarga yang boleh keluar membeli barang keperluan.

Ingin sekali kita menelusuri kehidupan golongan rakyat biasa. Bagaimana agaknya golongan ini mencari rezeki, bagaimana agaknya mereka menyediakan hidangan di atas meja makan untuk dinikmati bersama seisi keluarga ketika pandemik ini menghuru-harakan kehidupan manusia di dunia.

Satu Ringgit Pun Tak Ada. Nak Cerita Pun Sebak,” Pavithra Bercerita Kesusahan Ketika Covid-19 Menjelma

Youtuber terkenal yang viral ketika pandemik ini misalnya Sugu Pavithra turut terkesan dengan wabak ini. Sebelum mereka terkenal dan menerima bayaran lumayan daripada Google hasil video Youtube, mereka adalah rakyat biasa yang boleh dikata kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

DAH BIASA HIDUP SUSAH

Berbicara dengan Pavithra A/P Sella Kumaran, memang setiap butir bicaranya sangat merendah diri. Mengakui telah terbiasa hidup susah, kehadiran Covid-19 memang semakin menambah bebanan hidup.

Satu Ringgit Pun Tak Ada. Nak Cerita Pun Sebak,” Pavithra Bercerita Kesusahan Ketika Covid-19 Menjelma

IKLAN

“Memang saya sekeluarga hidup susah. Pendapatan suami cuma RM1,000 sahaja sebulan. Dapat gaji, kami bayar hutang sebab beli telefon bimbit dan peti sejuk. Kami beli dua benda ni sebab nak buat video Youtube pada Januari 2020. Lepas bayar hutang, baki tinggal sikit. Empat lima hari lepas gaji, gaji dah habis. Kadang saya fikir bilalah agaknya hutang nak habis bayar.

Nasib baik di sekitar rumah ada kebun. Ada sayur, ada cili. Boleh petik dan masak. Suami saya pun akan pergi memancing ikan. Bolehlah masak bagi anak-anak makan. Macam yang saya cakap, kami dah biasa hidup susah sampaikan tak rasa susah bila hidup macam ni,” kata Pavithra.

MULAKAN VIDEO YOUTUBE

Satu Ringgit Pun Tak Ada. Nak Cerita Pun Sebak,” Pavithra Bercerita Kesusahan Ketika Covid-19 Menjelma

Atas nasihat jiran yang dipanggil Kak Seri, suami isteri Sugu dan Pavithra memulakan video masakan. Tidak sangka video mereka viral, Pavithra tidak menolak pandemik Covid-19 turut menyumbang dari segi jumlah views video mereka.

“Apabila negara diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua orang kena duduk rumah. Jadi mereka suka tonton video untuk dapat idea masak. Mungkin mereka ada tonton video saya,” ujar Pavithra.

Bersyukur kerana chanel Youtube Sugu Pavithra mendapat perhatian ramai, wanita ini turut mengakui kesusahan yang dihadapi sebelum ini, semuanya hilang apabila mendapat gaji daripada Google.

Satu Ringgit Pun Tak Ada. Nak Cerita Pun Sebak,” Pavithra Bercerita Kesusahan Ketika Covid-19 Menjelma

IKLAN

“Ada masa, satu hari satu ringgit pun tak ada. Memang susah sangat. Sekarang nak cakap pun sebak. Sebab tak kan tahu kita hidup macam mana. Dulu gaji suami habis bayar hutang telefon dan peti sejuk. Kemudian duit habis buat beli top up sebab nak upload video. Hanya selepas dapat gaji daripada video, hidup kami berubah sikit,” tambahnya.

IKAN TILAPIA BAKAR

Video pertama yang dimuat naik di chanel Sugu Pavithra adalah ikan tilapia bakar. Ditanya apa istimewanya masakan ini sehingga dipilih sebagai masakan pertama untuk chanel Youtube mereka, Pavithra ada ceritanya.

Katanya, ini adalah antara masakan kegemaran suami. Ikan ini pula dipancing sendiri di sungai. Kemudian dimasak dengan cara asli iaitu menggunakan api dari kayu pokok getah. Tidak dimasak menggunakan api dapur gas atau ketuhar pun.

“Suami pancing sendiri ikan di sungai. Kemudian cucuk pada besi dan dibakar menggunakan api dari kayu getah. Mungkin sebab ini orang suka tengok. Suami saya memang selalu memancing dan kami selalu dapat makan ikan keli, haruan atau tilapia,” ceritanya yang kini semakin konsisten memuat naik video di chanel Youtube selepas melalui kes viral yang melibatkan suami isteri ini.

HARAP PANDEMIK CEPAT BERLALU

Pavithra sedar ramai yang terkesan dengan Covid-19. Ada yang kehilangan pekerjaan. Dia tahu betapa susahnya apabila dilanda masalah kewangan kerana telah terbiasa hidup susah seperti itu. Justeru Pavithra turut inginkan pandemik ini cepat berlalu.

Mengakui pendapatannya turut terjejas selepas memadam semua video di chanel Sugu Pavithra, kini mereka semakin konsisten meneruskan apa yang pernah dimulakan iaitu membuat video masakan yang menarik.

IKLAN

“Jangan lupa patuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Jaga kebersihan, jaga jarak,” pesannya mengakhiri perbualan.

 

MUNCUL DI VIDEO TERBITAN ASTRO

Satu Ringgit Pun Tak Ada. Nak Cerita Pun Sebak,” Pavithra Bercerita Kesusahan Ketika Covid-19 Menjelma

Sugu Pavithra tampil sebagai salah seorang individu istimewa berkaitan dengan pandemik Covid-19 ini. Dengan tajuk video Malaysia vs. Covid-19: #KitaJagaKita, pasangan Youtuber ini berkisah mengenai perjalanan dan kehidupan mereka sepanjang berdepan dengan cabaran pandemik ini.

Jangan lupa tonton video penuh pada Sabtu, 12 September 2020 jam 6 petang di saluran Ria 104, AEC 306, Vinmeen HD 231, Hello 702 dan Awani 501. RASA sertakan video trailer untuk tontonan anda. Jom tonton!

Jangan lupa jam 6 petang ini!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI