“Saya Naik Bas Datang Mydin” – Asmahani Mohamed

Share

Demi pertandingan Riuh Rempah Rasa Baba’s, peserta dari Kuala Terengganu ini, sanggup beli tiket bas untuk datang ke Mydin Tunjong, Kota Bharu!

Sudah tertulis rezeki, usaha Asmahani Mohamed terbalas apabila dipilih top 2 wakil Zon Pantai Timur.

“Saya memang dah mula berjinak-jinak dengan dunia pertandingan secara online (fb/ig) sejak 2020. Tapi belum pernah sertai pertandingan anjuran Majalah Rasa mahupun Baba’s.

“Tak ingat bila saya daftar untuk menjadi ahli Rasa, tapi setelah dapat kiriman WhatsApp dari Majalah Rasa berhubung peraduan, dan kebetulan hari tersebut hari terakhir untuk hantar sesi Pantai Timur, jadi tanpa fikir panjang terus hantarkan penyertaan.

 

Rempah Baba’s sudah ada lama dah tapi idea selalunya akan datang last minute. Mulanya ingat nak hantar satu saja tapi kebetulan datang pula idea, jadi hantarlah dua menu untuk pertandingan

 

Asmahani menyediakan menu Kari Kofta Baba’s dan Focaccia Kari Baba’s.

Bukan mudah ye nak cipta resipi sendiri, tapi kalau kata dah minat, idea muncul bagaikan juara! Kata Asmahani, hidangan berasaskan kari/gulai selalu yang paling digemari di rumah.

“Kari yang paling laris di rumah adalah kari daging. Jadi terciptalah Kofta Kari Daging. Saya pun belum pernah makan kofta, jadi dengan sedikit ubah suai, saya buatlah resipi kofta daging yang ada gabungan daging serta sayuran dalam bebola dagingnya tu.

“Manakala roti pula memang sesuai dicicah bersama kari. Jadi untuk kelainan, maka saya cipta roti Focaccia perisa kari,” kata Asmahani.

Apabila ditanya apa harapannya jika menang hadiah utama pertandingan ini. Asmahani memberitahu, dia ingin menunaikan ibadah umrah kerana sudah lama menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.

 

FOCACCIA KARI BABA’S

BAHAN (A) ADUNAN FOCACCIA:

3 sudu besar minyak zaitun
245gm gm air
350gm tepung gandum
2 sudu besar serbuk kari ikan BABA’S
1 sudu besar serbuk kari daging BABA’S
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil gula
6gm garam

BAHAN (B) TOPPING & SAPUAN:

3 sudu besar minyak zaitun
½ sudu kecil jintan putih
Bebola berperisa ketam
1 biji bawang merah
Daun kucai | dicincang

CARA MEMASAK:

1. Masukkan air, minyak, gula dan yis ke dalam mangkuk. Kacau rata.
2. Masukkan pula tepung, serbuk kari dan garam. Gaul hingga sebati. Tutup dan rehatkan selama 30 minit.
3. Lapik loyang dengan kertas parchment kemudian oleskan dengan 1 sudu besar minyak. Kemudian tuang adunan dan ratakan.
4. Tutup dan peram selama 2 jam. Selepas itu tekan keseluruhan adunan dengan hujung jari. Taburkan pula dengan jintan dan susun topping.
5. Kemudian tuang 3 sudu besar minyak. Tutup dan peram lagi selama 1 jam.


6. Panaskan ketuhar pada suhu 220°C api atas dan bawah selama 10 minit. Kemudian bakar focaccia selama 20 minit.

 

KARI KOFTA

BAHAN (A) KOFTA:

200gm daging kisar
½ cawan kobis | dicincang
1 labu bawang besar | dicincang
2 sudu kecil serbuk lada putih
4 sudu kecil serbuk kari ikan BABA’S
½ sudu kecil garam
1 biji telur
10 sudu kecil tepung kacang kuda
Sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1. Satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Kemudian bulatkan menjadi 13 biji bebola sama saiz.
2. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan dan goreng kofta sehingga perang. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.

BAHAN (B) KARI KOFTA:

1/3 cawan minyak
1 labu bawang besar | dimayang
½ sudu kecil biji jintan putih
4 ulas bawang putih | ditumbuk
1 biji tomato | didadukan
1 inci halia | ditumbuk
2 biji cili padi | dibelah dua
1 peket kecil serbuk kari daging BABA’S
½ sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar garam masala
2 sudu besar pes cili kering
1-2 cawan air (anggaran untuk kuah)
2 sudu besar daun ketumbar | dicincang
Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, cili padi serta jintan hingga wangi. Masukkan pula halia serta bawang putih, tumis lagi hingga wangi.
2. Masukkan cili kering, serbuk kari, serbuk ketumbar, tomato serta sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan kofta dan gaul hingga mesra. Kemudian tambahkan air. Perlahankan api dan renehkan hingga pekat (sesuai citarasa).
4. Tambahkan garam masala, gula serta garam sesuai citarasa. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau hingga layu dan matikan api.

 

JAGOH RASA BABA’S

Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.

Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.

Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.

JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.

Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta

Published by
Team Rasa