Sayur Goreng Jawa Style Penuh Dengan Tempe, Tahu & Kacang Panjang

Share
Lebih kurang caranya seperti sambal goreng jawa cuma tidak menggunakan lengkuas dan kicap dalam masakan ini.
SAYUR GORENG JAWA STYLE
BAHAN A DIKISAR HALUS):
  • 1 1/2 biji bwg besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • Sedikit belacan


BAHAN-BAHAN B:

  • 7 batang kacang panjang
  • 1 plastik tempe panjang
  • 2 keping tauhu
  • 1 paket suhun & fucuk
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 biji santan
  • Garam gula secukupnya
  • Asam jawa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Goreng tempe, tauhu dan kacang panjang

2. Tumis bahan-bahan A.

 

2. Sudah agak garing masukkan cili kering kisar.

 

3.Masak sampai pecah minyak

 

4. Masukkan santan,perasakan dgn garam,gula & asam jawa

 

5. Biarkan sehingga agak pekat dan mengelegak, kalau hendak kering sikit biarkan lagi sehingga agak kering. Sebalinya kalau suka basah.

 

6. Masukkan kesemua bahan yg digoreng,suhun & fucuk serta cili

7. Gaul-gaul hinggas sebati dan siap!

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nurul Fasihah Zamahidi

Published by
Zera Naim