Sayur Ini Kalau Tak Dimasak Boleh Sebabkan Kerancunan Makanan.

Share

Anda yang suka makan ulam mahupun salad segar dari sayur-sayuran dan buah-buahan mentah, wajib baca info ni ye.  Walaupun ada sebahagiannya lebih baik  diambil mentah tetapi kena ingat ada beberapa jenis darinya berbahaya jika tidak dimasak lebih dahulu.

Nak tahu,  ini antaranya:

 Kentang

Kentang adalah sayuran  ubi yang popular dijadikan  sebagai hidangan makanan ringan. Tetapi mengambil kentang mentah boleh menyebabkan kembung, gangguan penghadaman, sakit kepala dan mual. Kerana kentang mentah mengandungi racun Solanian. Sebaiknya rebus, panggang atau masak kentang adalah cara terbaik jika ingin memakannya.

Kekacang

Kacang merupakan makanan sangat sihat dan kaya dengan sarat, protein dan antioksidan. Tetapi jika diambil mentah ia boleh sebabkan anda berasa sakit perut dan mungkin muntah atau cirit birit. Ini kerana sebahagian kekacang mengandungi  enzim yang menyebabkan gangguan pencernaan.

 Brokoli

Brokoli adalah sayuran yang kaya nutrisi dan kaya dengan manfaat kesihatan. Namun, brokoli mentah mengandung gula yang sukar dicerna dan boleh menyebabkan masalah penghadaman. Gula dalam brokoli ini akan lebih mudah dicerna jika dimasak terlebih dahulu.

 Cendawan

Cendawan  jika dimakan mentah, ia dibimbangi masih mengandungi mikroorganism  yang boleh menyebabkan sakit perut dan keracunan makanan. Oleh itu wajib masak cendawan sebelum memakannya.

Ok, dah tahukan, jadi masak dulu makanan ini sebelum dimakan  untuk mengelakkan risiko keracunan . Semoga info ini bermanfaat untuk semua.

 

Published by
Norasida Myasin