
Keprihatinan serta kasih Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap rakyat memang tidak perlu disangkal lagi. Bila ada musibah yang melanda rakyat, baginda antara yang pertama menghulurkan tangan bagi meringankan beban.
https://www.instagram.com/p/BkeHqaUAS-e/
Dalam situasi wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini, Raja Permaisuri Agong turut sama membantu. Hari ini baginda berkenan untuk menyajikan buat para petugas di Hospital Kuala Lumpur dan juga Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan ( CPRC).
https://www.instagram.com/p/B-BcPBHniQ2/
Antara menu yang disediakan adalah Sayur Jawa, Kari Telur, Ayam Goreng Kunyit dan buah-buahan.
Semalam baginda juga berkenan untuk menyediakan sajian ‘food pack’ kepada para petugas di Hospital Sungai Buloh dan CPRC. Antara menu-menunya adalah Nasi Goreng Cheminahsayang dan Sambal Tumis Bilis, Sayur Goreng, Kari Ayam dan Telur Goreng.
https://www.instagram.com/p/B9_h4fQB8CI/
https://www.instagram.com/p/B9-8UBTH4KN/
Ayuh sama-sama ikuti Perintah Kawalan Pergerakan ini dan bantu para petugas hospital dalam membendung penularan virus Covid-9 di negara ini.
Sumber: Instagram airtangan_tunkuazizah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zul Yahya Buat ‘Drive-Thru’ Lauk Percuma Setiap Hari Untuk Orang Ramai Sepanjang PKP

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan ramai yang terkesan khasnya peniaga dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak C0vid-19 ketika ini, namun selagi kita berusaha kita akan beroleh rezeki.
Dalam kita mengharungi tempoh PKP ini rezeki yang kita ada lebih jangan dilupa pada mereka yang hidupnya daif lagi memerlukan. Bantulah mereka selagi terdaya. Tidak akan putus rezeki selagi kita suka bersedekah.
Buat pelakon Zul Yahya tidak ketinggalan merasakan tanggungjawab berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Dia menyediakan lauk percuma yang dimasak di restorannya bagi membantu meringankan sesiapa yang berkehendak.
Menerusi Instagram, Zul Yahya memaklumkan dia menyediakan lauk percuma setiap hari kepada orang ramai di hadapan restorannya itu.
Hanya lalu dan ambil sahaja!
Setiap hari ada satu lauk percuma untuk orang ramai
Selain memberi lauk percuma , Zul juga menghulurkan beberapa barang keperluan memasak harian untuk insan yang memerlukan.
Semoga usaha dan rasa tanggungjawab Zul Yahya ini dapat membantu golongan yang memerlukan ini diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah. Aamin.
Sumber: zulyahya_steamboat_bbq & zulyahya70
https://www.rasa.my/roti-gandum-buatan-sendiri-di-musim-pkp/
Texas Chicken Malaysia Buka Cawangan Pertama Drive-Thru Di Lembah Klang.

Korang penggemar makanan segera dan jenis orang yang nak cepat dan malas lepak dalam restoran, boleh je beli melalui Drive-Thru atau pandu lalu. Berita baik untuk warga Lembah Klang, kini sebuah lagi cawangan restoran Texas Chicken yang menyediakan perkhidmatan Drive-Thru di Sunway Mentari, Petaling Jaya, Selangor. Pembukaan ini susulan sambutan menggalakkan ke atas Drive-Thru di Sungai Petani, Kedah yang dibuka pada tahun lepas.
Kedudukan restoran ini sangat strategik dan mudah dikunjungi, terletak bersebelahan stesen minyak Shell Sunway Mentari. Dengan hanya memesan sambil pandu lalu, korang boleh pesan bermacam menu lazat yang disediakan dan jangan bimbang semua produk Texas Chicken disahkan halal oleh JAKIM.
Kalau korang nak santai sambil rehat seketika melepaskan lelah, boleh saja makan di restoran yang sungguh selesa ini. Atau teringat keluarga di rumah, boleh pesan dan ‘take away’ je ikut keselesaan. Jangan tak tau, kalau korangan makan di sini, minuman boleh tambah kalau tak cukup. Hemm memang berbaloilah singgah. Tapi kalau tiba-tiba teringin nak makan menu Texas Chicken, datang je pada bila-bila masa di cawangan ini kerana ia dibuka 24 jam.
Semasa pembukaan rasmi restoran ini, para tetamu telah menikmati pelbagai jenis menu Texas Chicken yang sungguh sedap yang diraikan sendiri oleh Pengerusi Envictus International Holdings Dato’ Jaya Tan yang turut berharap dapat menambah beberapa cawangan padu lalu di masa akan datang. Beliau juga telah melepaskan kumpulan konvoi pandu lalu sebagai tanda perasmian.
WHO Ishtihar COVID-19 Sebagai Pandemik. Apa Maksudnya?

Isi Kandungan
TogglePertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam ( Rabu) telah mengisytiharkan wabak Novel Coronavirus ( COVID-19) sebagai pandemik. Ia berikutan dengan terdapat 118,000 kes, lebih 4,000 kematian dan virus itu telah menemui ada di setiap benua kecuali Antartika.
Endemik, Epidemik dan Pandemik. TIGA perkataan ini kerap digunakan untuk menunjukkan betrapa seriusnya sesuatu penyakit itu menular. Namun setiap satunya membawa maksud yangt berbeza.
ENDEMIK
- En-demik = Di dalam – daerah/orang
- Kejadian penyakit yang SENTIASA wujud dalam masyarakat atau tempat.
- Penyakit ini dijangka sentiasa ada kes tapi pada kadar yang stabil dan rendah.
- Contoh: Denggi
EPIDEMIK
- Epi-demik = Di kalangan-daerah/orang
- Kejadian penyakit yang naik mendadak melebihi kadar biasa.
- Kewujudannya dilihat jelas dalam komuniti dalam tempoh masa tertentu.
- Ia juga dikenali sebagai “ Wabak”.
- Contoh: Kejadian Polio di Sabah (2019)
PANDEMIK
- Pan-demik = semua-daerah/orang
- Kejadian wabak besar-besaran ke seantero dunia.
- Ia merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar.
- Kebiasaannya melibatkan jangkitan penyakit baharu ( Novel).
- Ciri pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat.
- Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
- Contoh: Kejadian ‘Black Death’ diantara kurun ke 14-17 yang melibatkan kematian 2/3 penduduk dunia ( Penyakit hawar/Yersinia pestis)
SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA ( setakat 11/3/2020)
- 20 kes baru menjadikan 149 kes dengan 26 kes sembuh dan discaj.
- Dua kes dirawat di ICU tetapi stabil.
- Kes ke-78 telah pulih dan dibenarkan discaj. Ini menjadikan 26 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.
- Sehingga 11 Mac 2020, 20 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan. Kontak-kontak rapat bagi kes ini sedang dikenalpasti dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih dijalankan sehingga punca jangkitan terjadi dapat dikenalpasti.
- Dengan ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 149 kes.
- Dua (2) kes dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan tetapi dalam keadaan stabil.
KKM MENGGESA AGAR:
1. SEMUA PERHIMPUNAN yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19
2. MENJARAKKAN DIRI (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
3. TIDAK MELANCONG ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19
4. TIDAK MELAWAT kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah, jika sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.
KKM juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut bagi melindungi diri anda dan orang lain dari COVID-19.
Pesanan : Langkah 1 terpakai tidak kira di mana anda berada.
Sumber Info & Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
APA ITU COVID-19?
Novel coronavirus(nCoV) adalah virus yang telah dikenalpasti menyebabkan wabak yang melibatkan saluran pernafasan dimana ia pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.
Pada mulanya, kebanyakan daripada pesakit tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan haiwan yang dijual di Pasar Makanan Laut Wuhan.
Akan tetapi bilangan pesakit telah meningkat dan kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut dan ini menunjukkan terdapat jangkitan yang berlaku sesama manusia(human to human tranmission).
Pada masa sekarang, kadar atau kebolehan virus ini merebak diantara manusia masih lagi tidak diketahui dan masih di dalam siasatan.
Simptom dan Tanda Novel Coronavirus
Mereka yang dijangkiti penyakit ini akan mempunyai simptom:
Pesakit akan mengambil masa dalam 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom-simptom tersebut. Ini adalah berdasarkan jangkamasa yang diambil oleh virus MERSCoV menunjukkan simptom.
Bagaimana coronavirus berjangkit?
Coronavirus adalah salah satu keluarga virus yang besar dan kebanyakkannya hidup dalam haiwan seperti unta, lembu, kucing dan juga kelawar.
Sangat jarang coronavirus dalam haiwan ini mampu menjangkiti manusia seperti dalam kes MERSCoV atau pun SARS.
Kebanyakan kes di Wuhan pada mulanya dikatakan mempunyai kaitan dengan makanan laut dan juga haiwan yang terdapat dalam pasar di Wuhan.
Akan tetapi dengan bilangan kes yang semakin meningkat dan kebanyakkan pesakit menyatakan tidak pernah pergi ke pasar tersebut, ini menunjukkan telah wujud jangkitan sesama manusia.
Apabila terdapat jangkitan sesama manusia seperti jangkitan MERS dan SARS, ini bermaksud virus ini disebarkan melalui cecair saluran pernafasan dengan cara batuk atau bersin.
Ia sama seperti jangkitan influenza dan juga virus lain yang tersebar melalui udara. Jangkitan SARS dan MERS ini selalunya berlaku pada ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.
Manakala, kebolehan virus baru ini untuk menjangkiti manusia masih lagi belum diketahui tetapi ia dijangkakan sama seperti jangkitan SARS.
Ujian pengesahan
Sampel yang diambil daripada pesakit untuk membuat ujian pengesahan adalah sampel darah, sampel sapuan tekak dan hidung. Sampel ini akan menjalani ujian Polymerase Chain Reaction(PCR) untuk mengesan genetik penyakit coronavirus tersebut.
Pencegahan dan rawatan
Masih tiada lagi vaksin untuk penyakit nCoV ini. Pencegahan yang terbaik buat masa ini adalah untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada virus ini.
Anda juga dikehendaki untuk melakukan aktiviti pencegahan yang asas untuk mengelakkan penyebaran penyakit melalui udara seperti:
Sentiasa membersihkan tangan sama ada menggunakan sabun ataupun ‘hand sanitizer’
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut menggunakan tangan yang kotor
Elakkan berdekatan dengan mereka yang sedang sakit (disebabkan batuk dan demam)
Elakkan pergi ke tempat awam ketika anda sakit
Tutup mulut dan hidung ketika anda batuk atau bersin dengan menggunakan tisu.
Ini adalah etika seharian yang anda boleh gunakan untuk mengelakkan penularan virus ini.
Rawatan
Tiada lagi rawatan ubat antiviral untuk menyembuhkan penyakit nCov ini. Pesakit yang mengalami jangkitan ini perlu diberikan rawatan sokongan sehinggalah pesakit baik daripada penyakit itu dengan sendirinya.
Artikel Berkaitan: Kronologi Wabak Novel Coronavirus
Rujukan:
sumber: https://thediagnosa.com/coronavirus-simptom-punca-rawatan/
Sumber Asal Artikel: https://pku.upm.edu.my/article/coronavirus_simptom_punca_dan_rawatan-55053