Sayur keladi masak tempoyak. Bagi yang suka keladi, ini antara masakan yang sering dimasak. Simple je masakannya. Campak-campak je dah siap. Tapi, sedapnya tak boleh bawa bincang.
Makan dengan nasi sedap, ratah macam tu je pun sedap. Rasa masam, manis dan masin sangat membuka selera. Masak untuk berbuka boleh, untuk sahur pun boleh. Gandingkan dengan ikan goreng pun dah cukup sedap.
Ikuti saja resipi yang dikongsikan oleh puan Mazuin Mahmud ini. Gerenti jadi. Tambah istimewa bila bubuh budu. Lain macam sedapnya. Cubalah!
Selain bawang putih, halia juga sangat berkesan dalam membantu membuang angin dalam badan. Jika dimakan secara terus atau segar, rasanya agak ‘letar’. Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman. Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni dengan cara yang disebutkan diatas, boleh cuba hasilkan serunding halia. Dengan cara ini, halia akan rasa lebih sedap. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Bagi yang nak hasilkan serunding halia ni, boleh cuba resipi perkongsian Nor Haidah Md Said ni.
SERUNDING HALIA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Halia | tumbuk halus atau sagat
Sedikit bawang putih | ditumbuk bersama halia @ dihiris
Ikan bilis | dibersihkan
Sedikit garam & perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Perah halia yang ditumbuk tadi bagi mengeluarkan airnya. Ambil hampasnya sahaja.
2. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yang banyak menggunakan api besar. Masukkan halia tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau agak hancur. ( ikut citarasa masing-masing.)
5. Tabur garam dan serbuk perasa dengan secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng tadi.
6. Kemudian, masukkan ikan bilis tumbuk. Gaul sekali lagi hingga rata.
7. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap uadar untuk tahan lama.
Info chef:
Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.
Cempedak memang mahal. Kalau dibeli, isinya ciput sahaja. Oleh itu, kita jangan membazir. Kulitnya juga boleh diambil dan diproses menjadi Mandai @ jeruk kulit cempedak. Mandai ni memang popular dikalangan masyarakat Banjar. Jom cuba. Kalau makan dengan nasi memang sedap.
BAHAN-BAHAN:
Kulit cempedak ( dari buah yang dh ranum)
Air suam
Garam secukupnya
Cili dan asam keping | optional. Tidak letak pun tidak mengapa
( Jumlah bahan agak-agak sahaja mengikut citarasa masing-masing)
CARA MEMASAK:
Bersihkan kulit cempedak yang dah masak dengan membuang kulit luar yang berwarna hijau. Ambil bahagian kulit putih yang berjerami sahaja.
Kemudian didihkan air dan padamkan api. Kemudian masukkan garam dengan secukupnya. Kacau hingga garam larut.
Setelah air garam sejuk, tuang ke dalam bekas berisi kulit cempedak. Tutup rapat dan peram selama 3-4 hari. Biar selama seminggu jika mahu rasa sedikit masam.
Nota:
Jika ada benda putih dipermukaan air, hanya keluarkan sahaja kerana ia adalah getah dari kulit cempedak.
Masukkan cili dan sedikit asam keping untuk rasa yang lebih sedap. Boleh diabaikan jika kurang menggemarinya.
Untuk menikmati mandai, ia biasanya digoreng bersama ikan bilis, cili dan bawang.
Kalau suka makan sayur peria, kena cuba buat peria goreng telur pecah bersama udang ini. Memandangkan dimasukkan sekali udang, hidang satu lauk ini saja pun sudah lengkap untuk makan tengah hari atau malam. Rasanya pahit-pahit manja tapi sedap.
Resipi Peria Goreng Telur Pecah Bersama Udang
Bahan-bahan
1kg peria katak -dipotong nipis
200 gram udang -dibuang kulit
3 biji telur
1sudu besar cili kisar
Bahan kisar kasar atau tumbuk
1 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
Cara membuat
1. Rendam peria yang dipotong dalam air garam. Ramas-ramas peria dan basuh dua hingga tiga kali. Kemudian tos.
2. Panaskan minyak dalam kuali masuk bahan yang ditumbuk, kacau rata hingga naik bau.
3. Selepas itu masuk cili kisar, kacau lagi hingga pecah minyak.
4. Kemudian pecahkan telur dalam tumisan, tunggu sekejap dan barulah kacau.
5. Masuk udang, kacau kaup balik hingga rata. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
6. Akhir sekali masukkan peria, kacau rata. Bila peria sudah sedikit layu tutup api siap.