Sayur keladi masak tempoyak. Bagi yang suka keladi, ini antara masakan yang sering dimasak. Simple je masakannya. Campak-campak je dah siap. Tapi, sedapnya tak boleh bawa bincang.
Makan dengan nasi sedap, ratah macam tu je pun sedap. Rasa masam, manis dan masin sangat membuka selera. Masak untuk berbuka boleh, untuk sahur pun boleh. Gandingkan dengan ikan goreng pun dah cukup sedap.
Ikuti saja resipi yang dikongsikan oleh puan Mazuin Mahmud ini. Gerenti jadi. Tambah istimewa bila bubuh budu. Lain macam sedapnya. Cubalah!
Batang keladi ( celur sampai lembut dan tos )
Tempoyak
Sedikit budu
Daun kesum – boleh beli online di sini
Air
Bahan Kisar:
Bawang merah – boleh beli online di sini
Bawang putih – boleh beli online di sini
Kunyit hidup
Lada jarum/cili padi – boleh beli online di sini
2 ekor isi ikan selayang
Belacan – boleh beli online di sini
Masukkan keladi yang telah dicelur ke dalam periuk. Kemudian masukkan bahan kisar.
Tambah tempoyak dan tambahkan air. Jumlah air berdasarkan banyak mana kuah yang kita nak. Bubuh budu sedikit.
Masukkan daun daun kesum dan garam ( tak perlu bubuh banyak sebab budu dah masin).
Masak dalam 10 minit bagi gelegak, sekitar dalam 5-6 minit dan tutup api.
Siap. Ratah macam tu pun sedap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official