Makan

Sayur Layu Segar Semula Macam Baru Lepas Petik, Rendam Dengan Satu Bahan Ini Saja

Share

Dah beli sayur tapi tersimpan lama dalam peti sejuk kerana tak sempat untuk masak. Sudahnya sayur banyak yang layu dan kecut.

Tapi sayur yang begini jangan pula dibuang. Menerusi perkongsian di TikTok @muaketom

ada cara mengembalikan kesegaran sayur layu ini. Caranya dengan menggunakan cecair pencuci pinggan. Tapi pastikan beli jenis Sunghlight Extra Nature Mineral Salt & Aloe Vera.

Pencuci ini memang khas untk membersihkan buah dan sayuran malah mengembalikan kesegarannya macam baru lagi dipetik.

Caranya

1. Masukkan sayur dalam bekas dan masukkan sedikit pencuci Sunlight Extra Nature Mineral Salt & Aloe Vera .

2. Kemudian masukkan air secukupnya dan biarkan seketika dalam 5 minit.

3. Selepas itu, bolehlah dibilas sayur-sayur tersebut dengan air bersih. Asingkan daun yang buruk, rosak dan tangkainya.

4. Kemudian bilas sekali lagi. Boleh nampak hasilnya. Sayur kembali segar bugar macam baru lepas dipetik.

5. Siap! Boleh digunakan.

Ini rupa sayur sebelumnya.

Sumber: @muaketom

 

Published by
Rose