
Anda penggemar sayur-sayuran, tapi yang menjadi sakit hati bila sayur hijau segar bila dimasak je berubah menjadi lebam. Kadang-kadang membantutkan selera makan. Sekarang usah risau kerana ada cara mudah menangani masalah ini hanya dengan garam.
- Merebus atau celur: Semasa merebus sayur hijau seperti bayam atau sawi, anda hanya perlu menambah sedikit garam dalam air rebusan. Masak lebih kurang satu minit angkat dan toskan. Untuk menghilangkan rasa masin pada sayur, lalukan siramnya dengan air masak dan toskan semula dan sedia dihidangkan tanpa berubah warna.

2. Menumis: Anda disarankan gunakan minyak zaitun, tumis sekejap dan jangan biarkan sayur terlalu layu. Angkat dan segera dihidangkan.
3. Jangan biarkan sayur terlalu lama dalam kuali: Ini juga faktor menyebabkan sayur berubah warna. Pindahkan segera ke dalam pinggan sejurus masak, ia bukan hanya mengekalkan kehijauan sayur tetapi juga keranggupannya.
4. Gunakan api besar agar sayur masak sepantas kilat: Ia bertujuan mengekalkan kesegaran dan kehijauan sayur.
Lepas ni bolehlah cuba ye…
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini Cara Simpan Tomato Supaya Kekal Segar, Boleh Cuba Elak Membazir.

Tomato antara buah yang tidak tahan lama, walaupun ia boleh dipelbagaikan kegunaan dalam masakan termasuk dijadikan jus atau sos secara homemade, sebaiknya anda membeli mengikut keperluan. Namun jika anda membeli lebih untuk tujuan stok atau waktu harga murah, jangan risau, ia akan busuk dan menyebabkan pembaziran. Kerana info berikut boleh dimanfaatkan untuk membantu anda menyimpan tomato suapaya kekal segar dan tahan lama.

Simpan Tomato Pada Suhu Bilik
Cara terbaik simpan buah tomato pada suhu bilik, biasanya di ruang dapur, anda hanya perlu masukkannya dalam bekas terbuka (tanpa penutup) yang dialas dengan kertas atau tisu dapur supaya bahagian bawah bekas tidak panas dan kekal pada suhu bilik, dengan cara ini tomato tahan lebih lama.
Terbalikkan Tomato
Meletakkan tomato dalam posisi terbalik ( bahagian tangkai di bawah) membantu menjadikan ia kekal segar dan tahan lama. Kerana cara ini mengurangi proses oksidasi yang menyebabkan tomato terlindung dari udara di sekelilingnya. Tomato yang diletakkan dalam bekas terbuka, boleh menghasilkan haba panas di sekelilingnya secara semulajadi. Sebab itu tomato dikatakan boleh membantu mempercepatkan buah-buahan lain masak apabila buah tersebut diletakkan dalam bekas yang sama dengan tomato.
Jangan Buang Tangkai Tomato
Jika buah tomato yang dibeli mempunyai tangkai, jangan buang kerana ia membantu melewatkan proses tomato dari cepat busuk. Jika dibuang tangkai, ia memudahkan bakteria masuk dalam tomato akan cepat menjadi busuk.
Jangan Simpan Tomato Dalam Peti Sejuk
Jika anda beranggapan masukkan tomato dalam peti sejuk adalah cara terbaik simpan tomato. Anggapan ini adalah salah sama sekali. Sebenarnya tomato akan mudah rosak dari segi warna, tekstur, mahupun rasanya.
Untuk lebih praktikal , jika anda membeli tomato dalam kuantiti yang banyak, sebaiknya pilih tomato belum masak sepenuhnya, ia membantu proses simpan tomato menjadi lebih lama. Ini kerana tomato Ia akan masak sendiri dalam simpan
Daun Moringa Banyak Khasiat, Boleh Proses Sendiri Jadi Serbuk

Daun moringa atau daun kelor bukan saja enak dibuat tumis sayur atau masak lemak, lebih penting daun ini sebenarnya ada banyak khasiat untuk kesihatan.
Antara manfaat daun moringa adalah merawat asma, meningkatkan sistem imun badan, menjaga kesihatan mata, menurunkan paras gula dalam darah, menjaga kesihatan jantung, menjaga kesihatan otak dan banyak lagi.
Bagi yang menanam pokok ini di laman rumah, selain dimasak daunnya juga boleh diproses sendiri menjadi serbuk untuk tujuan kesihatan. Caranya ditunjukkan oleh Suriani Lin Mat Din.
Cara proses daun moringa jadi serbuk
Sekadar perkongsian, saya tanam pokok moringa /remunggai/murunggai ini pada bulan 8.2024. Saya pangkas pada 29.12.2024 yang lalu, sebab rimbun dan rendang daunnya. Saya jemur daun moringga untuk diadikan kapsul dan teh.
Ini langkahnya
1. Mula-mula pangkas daunnya, lurut ke semua daun itu. Pastikan buang benda asing serta tangkainya.

2. Cuci bersih daun dan tos. Masukkan ke dalam penapis dan jemur kering.
3. Pastikan daun tersebut dibalik-balikkan supaya cepat kering. Saya keringkan selama 3 hari,bergantung kepada cuaca.

4. Selepas dijemur kering, terus kisar halus supaya mudah dan cepat hancur kerana waktu itu daun sedang kering dan rapuh.
5. Selepas itu boleh lah dibiarkan sejuk dan simpan dalam bekas yang kering, dan bertutup rapat.

6. Boleh juga membeli sarung kapsul dan memasukkannya untuk lebih mudah diambil.

Manfaat moringa
Antara manfaat daun moringa adalah, merawat asma, meningkatkan sistem imun badan, menjaga kesihatan mata, menurunkan paras gula dalam darah, menjaga kesihatan jantung, menjaga kesihatan otak dan banyak lagi.
Sumber: Suriani Lin Mat Din
Baca: Kalau Tanam Aloe Vera Boleh Olah Jadi Jeli. Masuk Dalam Minuman Banyak Khasiatnya
Ini Cara Bersih & Masak Udang Yang Betul Uolls.

Ingin makan masakan udang yang sedap dan terasa manis dan segar isinya tanpa perlu keluar duit banyak makan di restoran ternama atau hotel ye. Sebenarnya, korang boleh je masak sendiri di rumah hanya dengan ikut tip cara membersih dan memasak undang yang RASA kongsikan ini. Sebenarnya ia sangat mudah, cuma perlu tahu cara dan teknik untuk membersih dan memasaknya saja.

CARA MEMBERSIH UDANG:

- Cuci udang di bawah air mengalir.Jika ingin memasak dengan kulit sekali, korang perlu gunting sesunggutnya saja. Jika kepala udang hampir tertanggal, pisahkan saja dan bersihkan kepala udang kemudian rebus jadikan stok udang.
- Setelah dibersihkan, lumurkan udang dengan air limau nipis dan sedikit garam. Cuci bersih dan toskan.
- Jika ingin menggunakan isi udang tanpa kulit, korang boleh rendam dengan campuran cuka makan dan air. Tujuannya untuk melembutkan kulit udang supaya lebih mudah dikopek.

- Jangan lupa membersihkan kotoran yang ada dibahagian belakang udang, caranya hiris sedikit dan tarik benang hijau kehitam yang ada dibahagian belakangnya itu.
- Jika tidak terus dimasak, simpan udang dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegaran dan mengelakkan dari tercemar dengan bakteria. Tapi jangan simpan terlalu lama, sebaiknya elakkan juga dari frozenkannya lebih dari sekali.
CARA MEMASAK UDANG:

- Masak dengan api besar. Jika ingin memasak dengan cara menumis atau menggoreng sebaiknya guna api besar dan masak dengan pantas. Tujuannya untuk mengekalkan rasa manis dan kesegaran udang.
- Masukkan dalam air mendidih, jika ingin merebus masukkan udang, jangan lupa tambahkan sedikit garam dalam air rebusan dan tutup seketika periuk. Seketika kemudian keluarkan udang dan celupkan ke dalam air sejuk. Tujuannya untuk menghentikan proses memasak udang tersebut.
- Memasak dengan cepat supaya isi udang kenyal dan manis. Masaklah udang sekitar 3-4 minit sahaja atau sampai udang berubah warna kemerahan kerana tekstur isi udang sangat lembut.

UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
- 500gm udang saiz XXL | dibersihkan
- 8 biji cili padi | dihiris
- 1/2 cawan susu seger
- 1 sudu makan mentega
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
- 2 biji telur kuning
- 1 sudu makan mentega
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
- Angkat dan toskan.
- Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
- Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
- Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
- Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
- Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
- Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
- Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
- Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
- Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
- Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.

