Sayur Lemak Kulit Rambai. Lauk Kampung Yang Setahun Sekali Je Boleh Rasa.

Share

Sayur Lemak Kulit Rambai. Menu paling sedap dan jimat. Mana tak nya. Isi boleh dimakan, malah kulitnya pun enak dimasak sayur. Makan dengan nasi panas, ada pula ikan goreng garing dan sambal belacan. Perghh…memang berselera. Lagipun lauk sebegini bukan selalu boleh cuba. Hanya boleh rasa setahun sekali sahaja di musim buah rambai ada.

 

SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit buah rambai – alirkan bawah air seketika
  • Sedikit petai – dibuang kulit
  • 1 ekor ikan kembung panggang – diambil isi dan tumbuk
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dan celur kulit rambai seketika. Ia bertujuan mengurangkan rasa masam kulit rambai.
  2. Masukkan santan, air, isi ikan, bawang, petai dan kulit rambai. Masak guna api perlahan hingga mendidih. Pastikan kuah selalu dikacau bagi elak santan berketul dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan hirisan cili merah diikuti garam serta gula secukup rasa.
  4. Biar hingga mendidih sekali lagi dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi: Ninna Naim

Published by
Nur