Sayur lemak putih ini antara gulai sayur yang biasa kita sajikan. Makan dengan ikan goreng dan sambal memang ngam.
Cuma kali ini resipi yang dikongsi agak berbeza mengikut cara orang Pattani, Thailand. Warnanya putih sama tapi kuahnya lebih berlemak dan pekat kerana dimasukkan sekali dengan kelapa parut.
Bagi yang nak rasa kesedapan berbeza sayur lemak putih boleh ikut resipi perkongsian Mizah Ngatiman ini.
4 batang timun muda -dikelar kulit dan dibelah empat
Udang secukupnya
3 ekor ikan kembung/selayang
2 inci lengkuas
1 biji bawang merah besar
2 tangkai cili merah
3 sb kelapa parut mentah
3 sb kelapa parut goreng
Santan pekat secukupnya
Garam dan gula secukupnya
1. Rebus ikan hingga masak. Angkat dan tos. Kemudian asingkan isi dan tulang ikan.
2. Tumbuk lengkuas, diikuti dengan kelapa parut mentah dan kelapa parut goreng. Tumbuk sekali isi ikan dan akhir sekali bawang. Tumbuk semua bahan ini hingga lumat.
3. Masukkan bahan tumbuk dalam kuali atau periuk kemudian masukkan sediki santan. Kacau rata supaya tak berketul. Selepas itu barulah buka api.
4. Tuang semua santan dalam kuali, masukkan gula dan garam. Rasakan kuah lemak dan manis secukupnya. Biar kuah mendidih manja.
5. Masuk timun dan sentiasa kacau kuah hingga timun sedikit layu.
6. Akhir sekali masuk udang dan cili. Selepas mendidih tutup api. Jika mahu timun lembut biarkan lama lagi mendidih.
Sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Mizah Ngatiman