Sayur pedas timun ini cukup simple nak memasaknya. Ia merupakan salah satu makanan ‘rare’ orang Terengganu. Tapi, ada ramai peminatnya. Gandingkan pula dengan sambal belacan. Memang konfim makan bertambah.
Kalau rasa sedap sedap bahan, sesuai masak sayur ni. Lada hitam boleh bantu buka selera dan berpeluh bila makan.
Boleh cuba resipi yang dikongsika oleh puan Tengku Azwa ini ye.
Mula-mula, rebus ikan selayang/sardin/kembung dengan sedikit air, garam dan asam keping. Terus rebus banyak untuk stok.
Ads
Untuk memasak sayur pedas timun’ Tumbuk bawang putih, bawang merah, lada hitam dan isi ikan (boleh guna ikan bilis tapi rasa lebih sedap guna ikan rebus).
Kemudian masukkan semua bahan ke dalam satu periuk.
Kemudian masuk air secukupnya. Kalau nak tumis dulu bahan pun boleh.. Kecuali ikan tak perlu tumis sekali. Tapi kali ni buat versi lebih sihat. Terus masukkan air.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Nak bubuh perasa pun boleh, ikut cita rasa masing-masing. Gula tak bubuh kerana timun dah ada rasa manis. Nak letak daun kesum pun boleh. Tak ada tak apa.
Terung Goreng Bertunani nampak sangat sedap dan menyelerakan. Terung pula saiz kecil begitu, sangat comel je. Menerusi perkongsian saudari Cik Sue Zakaria, ada satu resipi menggunakan terung yang anda boleh cuba. Boleh dinikmati bersama nasi malah kalau makan begitu sahaja sebagai snek pun sedap. Jom cuba. Anda pasti suakakan rasanya.
Sambal tempoyak ikan bilis petai ialah antara lauk kampung paling digemari ramai. Dengan gabungan rasa pedas, masam dan berlemak, resipi sambal tempoyak ini memang membuka selera. Kalau anda cari cara buat sambal tempoyak yang mudah dan sedap, ini dia resepi yang wajib cuba!
Bahan-bahan pun ringkas, tapi hasilnya memang padu. Sesuai dimakan dengan nasi panas, ulam-ulaman atau dijadikan lauk utama bila tak ada selera. Dalam artikel ni, kami kongsikan langkah demi langkah resepi sambal tempoyak ikan bilis petai yang confirm jadi.
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
Bahan-bahan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai:
100gram ikan bilis – digoreng garing
50gram isi petai
1 biji bawang holland
1 sudu kecil serbuk kunyit
8 sudu besar tempoyak
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR KASAR:
15 biji cili padi
20gran ikan bilis
Cara Buat Sambal Tempoyak yang Sedap & Beraroma boleh tonton di dalam video
Resipi sambal tempoyak ikan bilis petai ni memang menu kampung yang sentiasa digemari. Walaupun mudah disediakan, rasa dia cukup lengkap – masam, pedas, lemak dan wangi. Kalau anda belum cuba, inilah masanya untuk rasai sendiri sambal paling ‘power’ ni.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Peria memang punya rasa agak pahit namun tinggi nilai khasiatnya. Selain dimasak, sayur ini juga boleh dijadikan ulam atau jus. Namun rasanya agak kurang sedap. Oleh itu, bagi menikmati sayurini dalam versi yang lebih enak, anda boleh hasilkan Kerepek Peria. Menerusi resipi perkongsian saudari Hasnita Namat, beliau menunjukkan cara mudah untuk menghasilkan Kerepek Peria yang sedap, rangup serta tahan lama. Jom cuba.
RESIPI KEREPEK PERIA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Peria katak secukupnya – ikut sebanyak mana nak buat
Minyak masak secukupnya
BAHAN SALUT:
Tepung gorengan serbaguna perisa pedas
Tepung Gorengan serbaguna perisa original
Tepung beras ( Jumlah ketiga-tiga tepung ni agak-agak sahaja. Campur supaya hasil kerepek nanti tidak terlalu masin dan tidak terlalu pedas)
CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih peria dan toskan airnya. Biar kering.
2. Ambil penyagat ( sebaiknya penyagat untuk kerepek pisang) dan sagat sedikit buah peria tadi sehingga nampak rongga dalamnya. 3. Dengan menggunakan belakang sudu, korek untuk membuang bijinya.
4. Teruskan sagat peria nipis-nipis hingga habis.
5. Masukkan peria ke dalam bekas ( kuantiti untuk sekali goreng), isi tepung dan tutup bekas tadi. Goncang hingga tepung bersalut rata pada peria.
6. Panaskan minyak dengan banyak ( seperti nak goreng pisang), dan goreng hingga garing.
7. Angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup dan tahan lama. Sedia untuk dinikmati.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.