Scone Homemade Sedap Macam Di Cameron Highland. Ini Cara Buat Guna 3 Bahan Je

Share

Scone yang sedap macam yang dijual di Cameron Highland tidak susah dihasilkan jika jumpa resipi yang tepat. Malah sejak kebelakangan ni, resipinya makin meniti di bibir peminat pastri dek kerana kemunculannya dalam sebuah drama TV. Anda nak cuba? Saudari Umie Nurhayati ada kongsikan bahan dan cara-caranya. Selamat mencuba.

RESIPI SCONE HOMEMADE GUNA 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

  • 115gm mentega (sejuk)
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri – beli online DISINI
  • 1 cawan krim @ susu segar
    (jika mahu Scone rasa manis, boleh tambah sedikit gula perang. Empunya resipi tidak letak)

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan tepung bersama mentega sehingga jadi macam serbuk roti.

2. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh dan tak lembik.

 

3. Canaikan doh tipis sikit dan lipat (seakan lipat baju).


4. Uli balik doh dan lipat balik seperti langkah di awal tadi.


5. Terap doh guna acuan bulat. Jika tiada acuan, boleh bulatkan menggunakan tangan sahaja. (beli ACUAN BULAT secara online DISINI)

6. Susun kepingan Scone di atas dulang pembakar. Boleh susun tanpa jarak. (beli OVEN MURAH

secara online DISINI)


7. Sapu permukaan Scone dengan telur yang dicampur dengan sedikit susu segar.


8. Bakar pada suhu 250C selama 15 minit atau sehingga bahagian permukaan Scone menjadi keperangan. (INFO RASA: masa memasak dan suhu mungkin berbeza mengikut saiz dan jenis ketuhar masing-masing)


9. Bolehlah hidangkan Scone bersama jem strawberi, mentega dan krim putar.

INFO: Elakkan bakar Scone hingga garing kerana teksturnya akan menjadi keras.

 

Kredit resipi & foto: Umie Nurhayati

 

Suka beli BAHAN-BAHAN SEGAR secara online? Pilih DISINI tanpa perlu ke kedai.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur