Bila terperangkap lama begini, hati mula membayangkan makanan yang sedap dan tempat yang mahu dilawati. Petang-petang begini enaknya jika dapat menikmati scone sedap macam di Cameron Highland. Tambah lengkap dihidangkan bersama secangkir teh, alangkah nikmatnya.
Scone enak dimakan panas panas dioles dengan butter dan jem strawberry di atasnya, wah serasanya berada di Tanah Tinggi Cameron. Jomlah kita buatnya ikut resipi yang dikongsi oleh Azie Kitchen
SCONE
Bahan bahan:
300 gram tepung gandum
85 gram unsalted butter – suhu bilik
50 gram gula
2/3 cawan susu
4 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
1 biji telur
Cara membuat:
1.Satukan tepung gandum, gula, baking powder, garam dan mentega dan gaul rata.
2.Satukan telur dan susu, kacau rata. Ketepikan sedikit untuk disapukan pada scone sebelum dibakar.
3.Satukan bahan tepung dan bahan susu dan telur. Kacau rata dan gaul sehingga sebati.
4.Canai mengikut ketebalan yang disukai dan tekap.
5.Susun di dalam loyang dan sapu dengan lebihan bancuhan susu dan telur tadi.
6.Panaskan oven 220C. Bakar selama 15 minit atau sehingga keperangan yang disukai.
Kredit : Azie Kitchen