Menurut Sue M. Arukinmasih ada yang keliru scones ni nak dikategorikan dalam apa. Samada pastri, kek atau roti.Katanya, “Scone dikategorikan sebagai kek kecil yang tidak atau kurang manis. Ada kalanya ia juga juga di panggil ‘quick bread’ (bread tidak merujuk kepada roti buku atau roti jenis lain.”
Katanya lagi dalam perkongsian FB nya biasanya scone dihidangkan dengan krim, mentega dan jem pilihan. Di barat scone macam satu item wajib ada dalam hidangan afternoon tea selain kek, pastri dan manisan lain
Menariknya dalam perkongsian resipi kali ini Sue buat penambahan bahan untuk menjadikannya 3 jenis scone iaitu scone pandan gula Melaka, dates scones dan scones kelapa kering.
CARA MEMASAK : 1. Satukan tepung gandum, baking powder dan garam dalam mangkuk dan ayak. 2. Masukkan mentega sejuk ke dalam campuran tepung lalu gaulkan guna hujung jari hingga jadi seperti breadcrumbs (jangan gaul sangat, guna hujung jari saja). 3. Campurkan telur dan esen vanilla ke dalam susu lalu kacau guna garfu. Tuang sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung lalu gaul hingga membentuk doh yang tak terlalu keras dan tak terlalu lembut (campuran susu mungkin tak perlu dihabiskan, guna secukupnya saja). 4. Canai doh dengan ketebalan lebih kurang 3/4 inci. Terap doh guna acuan bulat atau boleh juga potong segitiga atau mengikut suka. Susun doh ke dalam dulang pembakar dan sapu dengan lebihan campuran susu dan telur tadi. 5. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180C selama 18-20 minit atau hingga scones keperang-perangan. Hidangkan panas bersama krim, mentega dan jem pilihan. Enjoy!
NOTA DARI SUE : *Boleh tambah cincangan kurma/kismis/cranberry jika suka (tambah dalam 30-40grams)
.
*Untuk scones pandan gula melaka; tambah cincangan gula melaka (30-40grams), 1 sudu makan perisa pandan & sedikit pewarna hijau ke dalam adunan tepung.
.
*Untuk scones kelapa; tambah 50grams kelapa kering perang ke dalam adunan tepung.
Kredit foto & resipi : Sue M. Arukin
Ads
INGIN MEMBELI OVEN TERKINI UNTUK MEMBAKAR SCONE DAN PASTRI, JOM BELI ONLINE DI SINI
Tekak terasa nak makan kari. Kari sardin paling mudah nak buat. Tambah lagi tidak menggunakan santan. Kuah pekat kari ni dimakan dengan nasi panas memang tidak cukup sepinggan nasi.
Pilihan rempah yang halal dan berkualiti menjadikan kari sardin anda lebih menyelerakan.
Boleh juga dimakan dengan roti paratha atau roti biasa.Sedap ya amat, sama macam dekat kedai mamak.
1. Masukkan bahan-bahan yang perlu ditumis ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau dan kekuningan. 2. Kemudian, masukkan tomato, lobak merah dan kentang.
3. Bila tomato dah lembik, masukkan serbuk kari ikan. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air, garam, serbuk perasa dan tunggu sehingga pecah minyak.
5. Tambahkan 2 cawan air dan biarkan ia mendidih seketika. 6. Bila dah mendidih, masukkan ikan sardin yang sudah digoreng. 7. Siap! Sedia untuk dimakan.
Sedapnya minum petang ditemani kuih muih yang disukai. Nikmat tak terkata. Kalau suka makan kuih tepung talam boleh cuba cara ini . Biasa buat tepung talam guna tepung gandum tetapi boleh saja guna tepung beras. Rasa memang tidak menghampakan.
Tepung Talam
Bahan²(lapisan bawah) 3 cwn tepung beras(cap gajah tiga) 2 sbtpg ubi 1 sk kapur mkn
1 cwn gula merah
1/2 cwn gula putih
6 cwn air.
Cara memasak:
1.Gula merah dan gula putih dimasak dgn 3 air.dah mendidih sejukkan..
2.Kemudian campurkan air gula kedlm tepung tadi bersama 3 cwn air…kemudian tapiskan..dan kacaukan seketika di atas api.
3.Loyang hendaklah disapu dgn minyak..bila kukus dah mendidih masukkan loyang dan tuang adunan kedlm nya..
4.kukus selama 20-30minit.bila dah masak calarkan ngan garpu bila nk tuang adunan lapisan atas..
Bila terasa macam nak makan nasi bertumis seperti Nasi Minyak, Nasi Briani atau Nasi Jagung, jom kita cuba buat sendiri tak payah tunggu pergi kenduri. Sebenarnya nasi ni senang je nak masak, sesekali boleh kita masak sendiri untuk hidangan keluarga.
NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi | rendam 30 minit, tos
1 liter air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
1 cawan puro tomato
3 sudu minyak sapi
2 sudu minyak masak
1 sudu makan serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
BAHAN HIRIS:
3cm halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
BAHAN PENUMIS:
4 kuntum bunya cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis hingga wangi.