Menurut Sue M. Arukin masih ada yang keliru scones ni nak dikategorikan dalam apa. Samada pastri, kek atau roti.Katanya, “Scone dikategorikan sebagai kek kecil yang tidak atau kurang manis. Ada kalanya ia juga juga di panggil ‘quick bread’ (bread tidak merujuk kepada roti buku atau roti jenis lain.”

Katanya lagi dalam perkongsian FB nya biasanya scone dihidangkan dengan krim, mentega dan jem pilihan. Di barat scone macam satu item wajib ada dalam hidangan afternoon tea selain kek, pastri dan manisan lain

Menariknya dalam perkongsian resipi kali ini Sue buat penambahan bahan untuk menjadikannya 3 jenis scone iaitu scone pandan gula Melaka, dates scones dan scones kelapa kering.

SCONE


Scone Snek Legend, Sue Bagi Idea Baru Untuk Resipi Ini
.

BAHAN-BAHAN :

  • 360gm tepung gandum -beli online DI SINI
  • 100gm mentega sejuk (cincang)
  • 70gm gula kastor – beli online DI SINI
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 biji telur – gred B
  • 3/4 sudu makan baking powder – beli online DI SINI
  • 1 sudu teh esen vanilla – beli online DI SINI
  • 1/2 sudu teh garam halus

CARA MEMASAK :
1. Satukan tepung gandum, baking powder dan garam dalam mangkuk dan ayak.
2. Masukkan mentega sejuk ke dalam campuran tepung lalu gaulkan guna hujung jari hingga jadi seperti breadcrumbs (jangan gaul sangat, guna hujung jari saja).
3. Campurkan telur dan esen vanilla ke dalam susu lalu kacau guna garfu. Tuang sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung lalu gaul hingga membentuk doh yang tak terlalu keras dan tak terlalu lembut (campuran susu mungkin tak perlu dihabiskan, guna secukupnya saja).
4. Canai doh dengan ketebalan lebih kurang 3/4 inci. Terap doh guna acuan bulat atau boleh juga potong segitiga atau mengikut suka. Susun doh ke dalam dulang pembakar dan sapu dengan lebihan campuran susu dan telur tadi.
5. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180C selama 18-20 minit atau hingga scones keperang-perangan. Hidangkan panas bersama krim, mentega dan jem pilihan. Enjoy!

IKLAN

NOTA DARI SUE :
*Boleh tambah cincangan kurma/kismis/cranberry jika suka (tambah dalam 30-40grams)

Scone Snek Legend, Sue Bagi Idea Baru Untuk Resipi Ini
.

*Untuk scones pandan gula melaka; tambah cincangan gula melaka (30-40grams), 1 sudu makan perisa pandan & sedikit pewarna hijau ke dalam adunan tepung.

Scone Snek Legend, Sue Bagi Idea Baru Untuk Resipi Ini
.

IKLAN

*Untuk scones kelapa; tambah 50grams kelapa kering perang ke dalam adunan tepung.

Kredit foto & resipi : Sue M. Arukin

 

INGIN MEMBELI OVEN TERKINI UNTUK MEMBAKAR SCONE DAN PASTRI, JOM BELI ONLINE DI SINI 

IKLAN

ANDA MUNGKIN MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Nak Pastri Karipap Rangup & Sedap, Cubalah Teknik Ini…

Lazatnya Variasi Roti Dan Pastri Berempah Ni.

3 Aneka Puff Pastri Lapis Yang Gerenti Gebu Dan Sedap

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI