Scones Ni Dimakan Panas Memang Tak Cukup Satu

Share

Ada sesiapa yang craving scones? Makan dengan whipping cream dan jem strawberi memang layan. Ada yang makan dengan butter,terpulang kepada selera masing-masing.Scones ni sedap makan panas-panas. Masa panas ia lembut.Kalau membuatnya banyak,yang tak habis boleh simpan dalam peti ais beku. Nak makan boleh masuk microwave,panaskan selama dua minit.Boleh juga campur coklat chips, mix fruit atau cranberry.

Scones

Bahan-bahan:

Tepung self rising cap blue key-beli online di sini

Gula icing-beli online di sini

Marjerin-beli online di sini

100 ml whipping cream

50 ml susu segar

Cara membuat:

1.Timbang tepung self rising cap blue key – 1lbs ( ikut timbang murah ni) Masukkan dalam pengadun.

2.Timbang gula icing dekat garis no 2-Masukkan dalam pengadun.

3.Boleh guna marjerin cap apa pun,timbang dekat no 4.Masukkan dalam pengadun juga.
Lepas dah masuk ketiga-tiga barang ni,korang putar 7 minit.

 

4.Kemudian masukkan whipping cream 100ml + 50 ml susu segar. Timbangan akan jadi 150ml.Yang ni tuang sikit-sikit dalam pengadun.

5.Sementara pengadun berputar,kena ada acuan bulat untuk scones dan roller ni.

6.Doh dah siap,jom kita roll.

7.Tebalnya ikut acuan ni.

8.Kita main tekan-tekan.

9.Kalau dah roll doh tu ikut tinggi acuan,jadi masa kita tekan,doh tu penuh sekata dalam acuan.

10.Inilah hasil lepas main tekan-tekan.

11.Atasnya disapu whipping cream.

12.Ni versi coklat chip. Kalau nak masuk mix fruit,dry cranberry ataupun coklat chip.Timbang bahan-bahan tersebut 100gm nak lebih pun boleh,lagi sedap.

13.Bakar 180’c, api atas bawah selama 17-20minit.

14.Siap untuk dinikmati.

Kredit: Amylia Nasir

Published by
Putri