Seafood Paella. Hidangan Mewah Sepanyol Yang Anda Boleh Cuba Sendiri Di Rumah.

Share

Sesekali bertukar citarasa untuk memberikan kelaian dalam menyediakan menu hidangan keluarga, apa kata anda cuba resipi dari negara Sepanyol yang terkenal dengan hidangan Pealla yang menjadi hidangan utama di negara Mediterranean ini.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu makan minyak Zaitun
  • 2 sudu besar bawang besar-cincang
  • 1 sudu teh bawang putih-cincang
  • 1 biji tomato- dadu
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 cawan beras pendek/ Arborio rice
  • 1 ½ cawan stok ayam/ makanan laut panas
  • 2 sotong-bersihkan dan hiris bulat
  • 6 ekor udang Harimau-bersih dan tos
  • 6 biji kupang-bersihkan
  • 1 tangkai cili merah, buang biji dan potong memanjang
  • 1/3 cawan kacang peas
  • Sedikit garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali paella. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan tomato cincang, paprika dan beras, gaul rata sehingga beras kelihatan berkilat kemudian masukkan stok ayam atau makanan laut. Masak sehingga mereneh.
  3. Setelah air hampir kering masukkan pula cili, garam, kacau rata dan kecilkan api.
  4. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan kupang
  5. Selepas beberapa minit, udang sudah bertukar warna merah jambu dan kupang terbuka, keluarkan dalam pinggang.
  6. Sementara itu teruskan memasak nasi atas api kecil, tambahkan kacang peas tutup permukaan kuali dengan alumunium foil.
  7. Bagi mendapatkan kesan berkerak tingkatkan kepanasan kuali seketika.
  8. Masukkan semula makanan laut, tutup api dan biarkan selama 5-10 minit untuk memastikan paella tidak panas.
Published by
Nur