Buah keras antara bahan yang turut menjadi elemen utama dalam masakan orang-orang kita. Ia juga dijadikan untuk perencah, sambal atau pun gulai. Buah keras ini bukan sahaja membantu dalam memberi kepekatan masakan berkuah, malah memberikan aroma (manis) dan juga menambah kelazatan.