Peminat mi goreng basah menyukai kerana seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Mi goreng basah kalau tidak kena dengan cara dan bahan boleh dapat hasil yang tawar serta mi yang kembang.
Sama seperti nasi putih biasa, bubur nasi ini enak dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan sampingan. Biasanya ia dihidangkan bersama ikan bilis goreng, lobak jeruk, sawi asin, kacang goreng dan sebagainya. Memang best!
Enaknya bila menjamah masakan air tangan bonda. Sementelah lagi bila sajian yang disajikan adalah masakan kampung yang sememangnya menjadi idaman anak-anak tatkala berada di perantauan.
Geramnya tengok ketam segar di pasar. Gemuk dan besar saiznya. Memang sedap kalau masak kari, masak lemak, bercili, kam heong dan sebagainya. Kalau ketam yang baru naik dari laut, rebus bersama serai pun dah cukup buat anda berselera untuk makan.
Gulai Batang Pisang ni antara hidangan tradisional yang kian jarang ditemukan di kedai-kedai makan. Menu ni tidak lah susah sangat nak memasaknya. Cuma untuk mendapatkan batang pisang agak susah jika di pasar raya yang ada mungkin di pasar tani dan kedai-kedai runcit kampung. Kalau yang duduk kampung mudah la dapat. Belakang rumah je. Masakannya mudah sahaja, cuma masaknya kena lama, biar batang pisang tu betul betul lembut. Baru la sedap!