Ayam goreng kunyit makan panas-panas memang dah sedap, tapi kalau nak lagi sedap ada bahan ekstra yang kita kena tambah.
Selain gaul dengan garam dan kunyit untuk sebelum menggoreng, tambah sikit dengan tiga bahan ini iaitu serbuk cili, serbuk kari dan bawang putih.
Hasilnya ayam goreng yang digaul dengan bahan ini memang akan jadi lebih sedap kerana bahan tambahan tadi akan meresap sampai ke dalam isi ayam. Confirm lepas cuba, kita akan tukar cara buat ayam goreng ikut stail Nurul Ateekah ini.
Ayam goreng memang sedap, kebiasaan orang akan letak kunyit dan garam tapi saya setiap kali goreng ayam akan gaulkan sekali bahan ini;
-1 sudu besar serbuk cili
-1 sudu kecil serbuk kunyit
-1 sudu besar serbuk kari ikan
-Serbuk perasa 1 sudu kecil
-Garam ½ sudu kecil
-Bawang putih 2 ulas ditumbuk halus
Saya guna bahagian kepak ayam dan campuran bahan yang diperap tadi akan serap sampai ke isi. Bila goreng, hasilnya jadi garing di luar,juicy di dalam.
Saya jamin siapa yang cuba ayam goreng cara ni mesti akan rajin goreng ayam.
Selamat mencuba.
Sumber: Nurul Ateekah