Fuhh, kalau bab lauk tengahari hidang gulai daging kawah dengan ikan kering, acar nenas, dan ulam serta tembikai, memang makan tak tengok kiri kanan.
Puas hati bila masak sendiri lauk gulai daging kawah Terengganu untuk hidangan lauk tengahari keluarga.
Jom kita masak dengan resipi daripada Muliadi Ramli ini.
GULAI DAGING
BAHAN-BAHAN:
800gm daging pejal
400gm daging cincang
200gm hati paru
TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live
TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar | dimayang – beli online di sini
Rempah 4 sekawan
4 sudu besar cili boh – beli online di sini
2 senduk minyak masak – beli online di sini
3 helai daun pandan (tak nak letak pun tak apa)
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN KISAR HALUS:
10 biji bawang merah – beli online di sini
4 biji bawang putih – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
1 ½ inci lengkuas – beli online di sini
½ inci kunyit hidup – beli online di sini
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN REMPAH:
3 sudu besar rempah gulai kawah
1 ½ sudu besar rempah gulai cap rose
1 sudu besar rempah masak cap rose
1 mangkuk kecil air asam jawa – beli online di sini
2 keping asam keping – beli online di sini
½ keping nisse – beli online di sini
BAHAN LAIN:
Garam, gula & perasa secukup rasa
3 biji kentang | potong ikut suka – beli online di sini
1 kotak kecil santan kelapa – beli online di sini
2 sudu besar kerisik – beli online di sini
CARA MEMBUATNYA:
1. Mula-mula, panaskan minyak. Tumis bawang bagi wangi. Masukkan rempah 4 sekawan dan daun pandan. Kacau-kacau.
3. Masukkan bahan kisar halus, kacau. Tumis lagi sampai pecah minyak.
4. Masukkan rempah cap rose. Tumis lagi sampai pecah minyak.
5. Masukkan daging, gaul rata. Tutup periuk dalam 20 minit. Biar air daging keluar semua. Biarkan mendidih.
6. Masukkan asam keping, air asam jawa dan nisse. Kacau-kacau. Tengok daging. Kalau daging separuh masak, boleh masukkan santan. Kacau rata.
7. Hati-hati, jangan sampai bawah berkerak. Kacau lagi. Boleh masukkan kentang dan kerisik. Kacau sekejap.
8. Masukkan garam, gula dan perasa. Jika daging dah empuk, boleh tutup api. Siap dihidang panas-panas.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: