Kuih Siput, kuih tradisional yang tidak asing lagi buat masyarakat Melayu. Dari zaman nenek dan ibu kita lagi.
Menerusi perkongsian resipi daripada Nor Azliza Mohamed, ini cara mudah buat kuih siput yang rangup dan sedap.
Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, ada dua perisa iaitu asli dan kari.
KUIH SIPUT LEMAK MANIS/PERASA ASLI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
2 ½ sudu besar gula castor – beli online di sini
1 sudu kecil garam halus
TONTON Dapur Rasa Live: Biscoff Brownies
TONTON Muffin Coklat Biscoff Lotus Bersama Siti Norliza Mohd Misni
CARA-CARA:
1. Campurkan tepung gandum, gula, garam dan marjerin. Gaul-gaul sebati semuanya.
2. Kemudian, campurkan air sejuk sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Bila doh dah sebati (tak keras, tak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap nanti), bolehlah gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.
KUIH SIPUT RANGUP/PERASA KARI
1kg tepung gandum – beli online di sini
1 cawan marjerin – beli online di sini
½ cawan gula castor – beli online di sini
3 sudu besar serbuk kari ikan/daging – beli online di sini
1 sudu kecil garam
1 biji telur
1 kotak kecil santan (200ml) – beli online di sini
Sedikit air sejuk (kocak-kocak dalam bekas kotak santan tadi)
Daun kari secukupnya
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan dan uli hingga jadi doh yang lembut. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.
2. Gentle-gentel doh bulat-bulat kecil sehingga habis dan terap di atas acuan kuih siput.
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan masukkan kuih siput tadi. Bila siput hampir nak masak, baru masukkan daun kari.
4. Kacau-kacau sekejap. Angkat dan toskan.
Kredit resipi: Nor Azliza Mohamed
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: