Bagi penggemar Onion Cheese Paratha dari rangkaian makanan segera Hot n Roll, anda patut cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Nur Fakhira Mohd Rosli ni. Bila buat sendiri ni lebih puas hati. Mayones, bawang, ayam, keju, semuanya boleh diletak mengikut selera dan cita rasa sendiri. Rasanya? Kata empunya resipi memang sama dan sangat puas hati. Memang puas dimakan berbanding yang dibeli. Jom cuba. Anda pun pasti sukakannya.
RESIPI HOMEMADE ONION CHEESE PARATHA HOT N ROLL
BAHAN-BAHAN:
- Roti paratha jenama Kawan (nipis, sedap dan rapuh) – beli online disini
- Chicken Ham – empunya resipi gantikan dengan sosej cocktail – hiris nipis
- 1/2 biji bawang holland – cincang halus – beli online disini
- Keju cheddar – beli online disini
- Mayones – beli online disini
- Serbuk cili secukupnya (optional) – beli online disini
- Serbuk lada hitam secukupnya (optional) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali, letak sekeping paratha. Masak guna api kecil dan biar hingga agak garing.
2. Terbalikkan kepingan paratha tadi. Susun hirisan sosej, keju dan tabur rata bawang holland.
3. Tutup kuali dan biarkan selama 5 minit. Masak guna api yang paling kecil. Biar sampai permukaan bawah garing.
4. Tabur rata serbuk cili dan serbuk lada hitam jika suka.
5. Kemudian paipkan mayones secukupnya.
6. Lipat kepingan paratha menjadi dua kemudian lipat sekali lagi.
7. Angkat dan nikmati segera untuk rasa yang paling enak.
Kredit resipi & foto: Nur Fakhira Mohd Rosli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI