Suka makan lauk pauk pedas? Boleh cuba resipi Sotong Masak Hitam Pedas perkongsian saudari Nurul Ateekah ini. Resipinya cukup mudah dan sangat ringkas. Malah masa memasaknya juga tidak lama. Sesuai sangat bagi anda yang gemar memasak menu yang senang, mudah dan cepat setiap hari. Namun mungkin ada yang tidak gemar menggunakan dakwat sotong. Tidak mengapa, boleh abaikan sahaja dan masak seperti biasa. Pun sama rasa enaknya. Boleh tambah kicap pekat untuk memberikan warna yang lebih gelap. Best tau. Selamat mencuba!
RESEPI SOTONG MASAK HITAM PEDAS
BAHAN-BAHAN: 500gm sotong Dakwat sotong (INFO RASA: jika tidak suka, boleh gantikan dengan sedikit kicap pekat) 5 sudu makan cili kisar – beli online disini 1 sudu makan perahan asam jawa – beli online disini 1 batang serai – diketuk 1cm halia – dihiris 1cm lengkuas – dihiris 2 helai daun limau purut 1 sudu teh serbuk belacan – beli online disini 10 biji cili padi hijau 3-4 ulas bawang putih – ditumbuk – beli online disini 1 biji bawang besar – dipotong bulat – beli online disini Garam Serbuk perasa Serbuk kunyit – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Masak air dalam kuali sehingga mendidih. Masukkan hirisan sotong dan masak seketika anggaran 2-3 minit, kemudian toskan.
Ads
2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. 4. Kemudian masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas dan serbuk belacan diikuti dengan perahan air asam jawa.
4. Seterusnya masukkan sotong, dakwat sotong dan bawang. Gaul rata dan masak seketika. (INFO RASA: dakwat sotong boleh digantikan dengan kicap pekat bagi tujuan memberikan warna yang lebih gelap.)
5. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
6. Angkat dan Sotong Masak Hitam Pedas siap untuk dihidang.
Anda yang menggemari udang, hari ni dikongsikan dua menu udang yang berbeza. Satu menu barat dan satu lagi menu tempatan, mana satu pilihan anda dan keluarga, dua-dua sedap. Atau buat dua-dua sekali, mungkin anak-anak lebih suka Udang Mentega, anda dan pasangan suka yang pedas, lebih adil dan saling menikmati keenakan udang.
UDANG GORENG MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
12 ekor udang saiz XL | dibersihkan.
1 tangkai daun kari |leraikan dari tangkainya
3 tangkai cili kering | dihiris halus
9 biji telur ayam | ambil kuning sahaja
Lada sulah secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
40gm mentega
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak goreng, kemudian gaulkan dengan lada sulah dan serbuk perasa. Ketepikan.
Pukul telur dengan sedikit garam dan perasa.
Panaskan sedikit minyak bersama mentega.
Setelah minyak panas, tuangkan kuning telur yang dipukul sedikit demi sedikit.
Kacau telur menggunakan belakang seduk untuk mendapatkan tekstur yang halus.
Kacau hingga garing, kemudian masukkan daun kari dan hirisan cili kering.
Angkat dan sedia dihidangkan.
SAMBAL UDANG GALAH
BAHAN-BAHAN:
12 ekor udang galah | digoreng tidak terlalu garing
200gm bawang merah | dikisar
50gm bawang putih | dikisar
200gm cili merah |dikisar
200gm cili kering | dikisar
1 sudu teh serbuk belacan
1 sudu makan pes asam jawa
1 biji bawang besar | dihiris bulat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, serbuk belacan, garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau lagi.
Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris bulat bersama udang yang telah digoreng.
Macam-macam makanan boleh dibuat dari ubi kayu, selain boleh dijadikan ubi rebus dan dibuat kerepek, ubi juga boleh dibuat kuih dengan pelbagai cita rasa. Dengan rasa sedikit kenyal menjadikannya sungguh sedap dan mengenyangkan. Tidak hairanlah orang zaman dulu menjadikan ubi kayu sebagai ganti nasi. Bagaimana pun untuk hari ini RASA ingin kongsikan dua menu kuih yang dibuat dari ubi kayu yang sangat sedap.
GETUK UBI KAYU GULA MELAKA BAHAN-BAHAN:
1.4kg ubi kayu | dibuang kulit
300gm gula melaka | parut atau hancurkan
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
BAHAN KELAPA:
1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
CARA MEMASAK:
Ubi kayu dipotong kecil dan buang urat tengahnya.
Kemudian kukus bersama daun pandan lebih kurang 20 minit. Angkat dan ketepikan.
Gaulkan dengan gula melaka dan garam kemudian kisar menggunakan, pengisar makanan.
Keluarkan dari pengisar dan gunakan acuan kuih bulan, bentuk getuk mengikut acuan, Buat hingga habis.
Sementara itu gaulkan kelapa parut dengan kelapa parut.
Susun getul dalam pinggan dan hias atasnya dengan taburan kelapa parut.
Suka makan roti canai tetapi paling sedap kalau dapat buat sendiri. Lebih puas dan terjamin kebersihannya.Kadang kala kalau makan di luar rupanya elok tapi rasa tidak mencapai apa yang dihajati. Keras dan tidak gebu. Apa kata canai sendiri ikut macam mana gebu yang korang nak. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Normaliana Abu Bakar ini.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan gula
1 cawan Air
Setengah sudu kecil garam
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA-CARA MENYEDIAKAN
Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.