Sedap, Cepat Masak. Resepi Sotong Masak Hitam Pedas Disukai Ramai

Share

Suka makan lauk pauk pedas? Boleh cuba resipi Sotong Masak Hitam Pedas perkongsian saudari Nurul Ateekah ini. Resipinya cukup mudah dan sangat ringkas. Malah masa memasaknya juga tidak lama. Sesuai sangat bagi anda yang gemar memasak menu yang senang, mudah dan cepat setiap hari. Namun mungkin ada yang tidak gemar menggunakan dakwat sotong. Tidak mengapa, boleh abaikan sahaja dan masak seperti biasa. Pun sama rasa enaknya. Boleh tambah kicap pekat untuk memberikan warna yang lebih gelap. Best tau. Selamat mencuba!

RESEPI SOTONG MASAK HITAM PEDAS

BAHAN-BAHAN:
500gm sotong
Dakwat sotong (INFO RASA: jika tidak suka, boleh gantikan dengan sedikit kicap pekat)
5 sudu makan cili kisarbeli online disini
1 sudu makan perahan asam jawa beli online disini
1 batang serai – diketuk
1cm halia – dihiris
1cm lengkuas – dihiris
2 helai daun limau purut
1 sudu teh serbuk belacan beli online disini
10 biji cili padi hijau
3-4 ulas bawang putih – ditumbuk beli online disini
1 biji bawang besar – dipotong bulat beli online disini
Garam
Serbuk perasa
Serbuk kunyit beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Masak air dalam kuali sehingga mendidih. Masukkan hirisan sotong dan masak seketika anggaran 2-3 minit, kemudian toskan.


2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau.


3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas dan serbuk belacan diikuti dengan perahan air asam jawa.


4. Seterusnya masukkan sotong, dakwat sotong dan bawang. Gaul rata dan masak seketika. (INFO RASA: dakwat sotong boleh digantikan dengan kicap pekat bagi tujuan memberikan warna yang lebih gelap.)


5. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.


6. Angkat dan Sotong Masak Hitam Pedas siap untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur