Sedap Dan Halal! Cara Homemade Buat Beef Slice Dengan Rahsia Ramuan Perasap!
Julai 27, 2018
Share
Jika kamu adalah penggemar beef slice yang dijual di pasaraya atau suka makan beef slice di subway, kamu pasti suka dengan resipi ini! Di jamin halal, bersih dan sedap,walau bagaimana pun setiap yang sedap kena ada usaha ya kan.. Ikut step by step cara nak menghasilkan beef slice yang sedap dengan bahan perasap yang terbaik! Boleh di jadikan makanan pagi dan sajian tambahan dam hidangan pasta nanti! Selamat mencuba.
RESIPI BEEF SLICE WITH SMOKE
BAHAN-BAHAN:
Mula-mula kita siapkan bahan “dry rub”:
3 sudu besar garam kasar (laut lagi baik)
1/3 cawan gula pasir
2 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
2 sudu kecil paprika
CARA PENYEDIAAN:
Sebaik-baik bahagian untuk membuat beef bacon ialah bahagian dekat pusat / navel lembu. Ia dipanggil “plate”. Saya tak dapat plate, jadi saya beli bahagian sebelahnya, “brisket” Gaulkan kesemua bahan “dry rub”.
Sapukan dan urutkan daging dengan campuran “dry rub”. Pastikan kesemua bahagian diurut dan disapu dengan dry rub itu.
Masukkan daging dan kesemua dry rub dalam plastik dan tutup rapat. Pastikan air daging tidak keluar dari plastik. Masukkan ke dalam peti sejuk / fridge / peti ais (bukan freezer atau bahagian air batu / pembeku)
Saya ikatkan plastik itu seperti ini
Perap sekurangnya 5 hari. Setiap hari keluarkan dan urut daging untuk pastikan rempah menyerap. Tak perlu keluarkan daging dari plastik. Urut dari luar dan pastikan air daging tidak tumpah. Daging akan mengeluarkan air dan texture daging akan mengeras sedikit.
Pada hari ke 6, keluarkan daging. Basuh daging bersih-bersih dengan air sahaja. Tak apa jika ada sedikit-sedikit rempah yang melekat pada daging
Lap daging hingga kering.
Biarkan daging terdedah, masukkan kembali ke dalam peti sejuk untuk dikeringkan semalaman
Keesokannya, kita keluarkan daging dan biarkan daging hingga ia berada pada suhu bilik (saya letak dalam oven yang dimatikan sebab tak mahu ada lalat menghurung)
Sementara itu, saya siapkan bahan untuk mengasap. Saya gunakan 3 sudu besar beras, 2 sudu besar gula perang, satu sudu besar teh boh. Semua bahan ini akan di panaskan hingga ia terbakar dan mengeluarkan asap. Asap ini yang akan memberikan “beef bacon” itu rasa yang unik.
Saya letak bahan asapan tadi dan sedikit oak wood chips pada bahagian bawah pengasap yang telah saya lapis dengan aluminium foil (supaya senang nak bersih kan).
Inilah rupa pengasap saya. Smoker ini khas untuk mengasap. Yang berwarna purple tu ialah methylated spirit yang digunakan sebagai bahan api. Alternatif:
Jika tidak dihadiahkan “smoker” ini, saya telah bersedia untuk mengorbankan sebuah kuali untuk mengasap daging. Letakkan kuali atas dapur, letakkan bahan asapan (beras etc) pada dasar kuali. Letakkan daging atas rak berjaring. Tutup kuali rapat-rapat dan nyalakan api. Gula dan beras akan terbakar dan mengeluarkan asap
Apabila beras dll mula mengeluarkan asap, masukkan bekas berjaring dan letakkan daging tadi Tutup rapat-rapat. Saya mengasapkan daging ini dalam satu jam.
Inilah rupa daging setelah diasapkan.
Sejukkan daging dan hiris nipis-nipis. Saya telah membawa daging yang telah disejukkan itu ke kedai daging halal dan mereka telah membantu saya dengan menggunakan mesin penghiris daging. Alhamdulillah. Tuan kedai amat menyukai rasa beef bacon ini (sempat dia merasa, Alhamdulillah)
Inilah rupa beef bacon yang sudah siap, menunggu untuk digrill atau digoreng.
Untuk merasa, saya goreng kan sebentar atas frying pan berisi sedikit minyak.
InshaAllah.. boleh digunakan sebagai “breakfast beef” atau didalam sandwich, salad dan pasta carbonara