Lasagna daging cheese ini memang layan habis. Padu cheese tariknya. Daging cincangnya berjus, tak kering. Mozzarella cheese dan kepingan cheddar cheese buat rasanya lebih mantap.
Penggemar lasagna pasti sukakan resipi mudah ini. Ikuti resipi lasagna daging cheese tertarik memang padu daripada Ariana Sofia Ahmad.
Mula-mula, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak.
Ads
Kemudian, masukkan pula daging cincang.
Tumis sehingga daging bertukar warna.
Masukkan pula sos pasta tomato dan kacau sebati.
Kemudian, masukkan oregano dan kacau sebati.
Masukkan gula dan kacau sebati.
Masukkan pula garam dan kacau sebati.
Masukkan Cukup Rasa dan kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan air.
Ads
Kacau sehingga kuah sedikit pekat serta daging masak. Ketepikan.
Dalam kuali lain, cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan tak berketul.
Masukkan pula susu full cream dan gula. Kacau sebati.
Masukkan kepingan cheese dan kacau sehingga pekat.
Jangan terlampau pekat, nanti bila sos putih dah sejuk, sos akan bertambah pekat.
Dalam bekas, masukkan sos tomato puri dan minyak masak. Kacau sebati. Boleh guna bekas kaca 9 inci, bakar terus di dalam oven.
Rebus lasagna dulu sehingga lembut.
Bila dah lembut, toskan. Pastikan susun elok supaya tak melekat dengan yang lain.
Ads
Susun lasagna dalam bekas tadi.
Letak inti daging dan ratakan.
Letak sos putih pula.
Taburkan mozzarella cheese dan daun basil. Nak gunakan oregano atau yang lain pun boleh.
Ulang semula dengan letak kepingan lasagna, daging, sos putih, dan cheese sehingga ke lapisan teratas. Buat 3 lapisan. Pastikan bahagian atas sekali, tabur dengan oregano.
Dah siap, balut dengan aluminium foil dan bakar suhu 170°c selama 50 minit. Boleh kurangkan masa atau suhu bergantung pada oven masing-masing.
Lasagna dah siap dimasak. Nak nampak perang bahagian atas, buka aluminium foil dan bakar 5 minit lagi.
Lasagna dah boleh dipotong dan sedia dihidangkan. Cheesenya tertarik menarik. Selamat mencuba.
Teringin nak makan mi udang. Nak beli, kadang tak sesuai dengan harga. Mahal tapi udang tak banyak. Kalau ada pun, mungkin udangnya kurang segar. Ha, kalau macam tu, apa kata masak sendiri mi udang ikut selera kita.
RASA kongsikan resipi mi udang. Boleh cuba buat hujung minggu nanti. Mi udang menjadi kesukaan bagi mereka yang gemar makan makanan laut. Rasa udang yang manis-manis disertai dengan pedas kuah mi itu sangat menghantui. Kalau kita boleh masak sendiri, mesti lebih puas makan.
MI UDANG KUAH PEKAT
BAHAN-BAHAN
Udang secukupnya
Kepala udang direbus untuk jadikan stok
Sebiji kentang
Sebiji keledek sederhana besar
Garam
Gula
Mi kuning secukupnya
BAHAN KISAR
Segenggam cili kering
3 ulas bawang putih
2 inci halia
7 biji bawang merah
1 sudu besar pes tomyam
2 peket udang kering
BAHAN HIASAN
• daun bawang
• bawang goreng
• cili merah dan hijau
• telur rebus
• limau nipis / kasturi
CARA MEMBUAT
1. Rebus kepala udang. Dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan keledek. Kisar halus dan ketepikan.
3. Kisar semua Bahan Kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan stok udang. Masak lagi sehingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Masuk keledek dan kentang yang sudah dikisar tadi.
7. Tambah air jika perlu. Bila dah didih baru masukkan udang. Biarkan mendidih dan matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan mi yang sudah dicelur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah.
3. Hiaskan dengan Bahan Hiasan.
4. Sedia dinikmati.
Siapa sangka remaja bernama Megat Hamizan Megat Sharul Amir ini setanding ibunya bila ke dapur. Berusia 17 tahun dan masih bersekolah,dia telah buktikan pada RASA memang boleh memasak. Buktinya, ini tiga menu yang dikongsikan olehnya. Macam mana remaja semua bila lagi nak kongsi resipi dengan RASA?
NASI GORENG DAGING ALA MEGAT
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk kecil nasi putih
1 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sayur campur
2 ulas bawang putih| titik
1 sudu teh udang kering | kisar
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
2 sudu makan minyak
BAHAN DAGING GORENG:
4-5 hirisan daging yang telah direbus
1 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu teh sos tiram
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar.
Setelah garing, masukkan udang kering dan sayur campur. Terus kacau.
Masukkan pula nasi, kacau rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
Setelah masak, tutup api.
Untuk sediakan daging goreng. Gaulkan daging dengan sos tiram bawang putih dan lada sulah.
Panaskan minyak, goreng lebih kurang 2-3 minit.
Angkat dan hidangkan bersama nasi goreng.
MI GORENG DAGING ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi
100gm daging batang pinang | dihiris nipis
1 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan sos tiram
5 batang sawi |dihiris
Sedikit kubis panjang |dihiris
5 biji cili api | dihiris
3 ulas bawang putih |ditumbuk
3 sudu makan minyak masak
Garam, gula dan perasa secukupnya
UNTUK HIASAN:
2 pokok daun bawang | dihiris
1 biji bawang merah | dihiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang putih, kemudian masukkan cili kisar. Kacau rata.
Masukkan daging, kacau rata, masukkan hirisan cili padi dan terus kacau.
Masukkan kicap pekat manis, sos tiram dan sedikit air.
Masukkan mi, sawi dan kubis, gaul rata.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa (jika perlu) secukupnya.
Tutup api. Masukkan mi dalam pinggan dan hias dengan daun bawang dan hirisan cili.
Mi sedia dihidangkan.
AYAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana
Sedikit garam dan serbuk kunyit.
BAHAN SAMBAL:
1 biji bawang besara
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2cm halia
15 biji cili padi
3 biji cili merah
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit., ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis, bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Menu udang galah? Mesti mahal! Itu antara ayat yang akan terkeluar dari mulut kalau bercakap pasal makanan seafood ni, tapi kalau harganya berpatutan memang berbaloi kan. Menarik di kedai Mat Mee Udang ni adalah menu utamanya Mee Udang Maroos yang terlajak mewah dengan udang yang besar dan meriah banyaknya. Kalau kamu jenis yang elergik tengok udang bolehlah menjengah kedai ni..
Antara Menu Lain:
* Mee Buboh Udang
* Udang Dlm mee
* Udang 5 ekor dalam Mee
Lokasi : Chekok, Chetok. #PasirMas jln sungai keladi. Blkg sjkc poy hwa.
Masa Buka : 12 PM ~ 12 AM