
Ikan percik sememangnya antara hidangan yang paling kerap dihidangkan terutama dalam musim Ramadan atau hujung minggu. Jika di Kelantan dan Terengganu pula, ia dijual setiap hari di kedai-kedai makan. Sememangnya hidangan ini mampu memecahkan selera. Ikan bakar yang dilumur ramuan kuah percik yang penuh dengan pelbagai rasa dan lemak dari santan ini sentiasa dicari orang. Jom kita cuba resipi ini.
BAHAN-BAHAN
- 7 ekor ikan selar
- *5 ulas bawang merah
- *4 ulas bawang putih
- *6 tangkai cili kering (rendam air panas )
- *1/2 inci halia.
- *1 batang serai (hiris nipis).
- *1 sudu besar kerisik
- 1 gelas santan pekat.
- 2 gelas air.
- 1 keping asam keping @ gelugur.
- 1 sudu kecil kunyit
- Serbuk Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK
- Kisar semua bahan-bahan yang bertanda*.
- Siang dan cuci ikan. Ambil satu sudu besar bahan kisar tambahkan sedikit serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam. Lumurkan dan perap ikan 10 minit. Bakar ikan.
- Untuk membuat kuah, masukkn santan dalam kuali dan air. Pansakan sekejap dan masukkan asam keping.
- Masukkan bahan kisar kacau rata. Masak hingga kuah pekat.
- Bila ikan masak lumurkan atau percikan sedikit kuah atas ikan. Bakar kejap supaya kuah meresap pada ikan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masak Asam Ikan Bilis Lauk Ringkas Yang Sedap, Bikin Tambah Nasi

Lauk yang sedap selalunya yang ringkas-ringkas saja. Salah satunya menggunakan ikan bilis. Jika biasa buat sambal, boleh cuba pula lauk masak asam ikan bilis.
Cara membuatnya memang ringkas, tak perlu kisar apa-apapun semuanya dipotong dan ditumis saja. Tapi rasanya cukup sedap, bila dah makan memang akan menambah nasi.
Cara buat masak asam ikan bilis

Bahan-bahan
Ikan bilis
Bawang besar dihiris
Bawang putih dihiris
Halia -dihiris
Cili padi diketuk)
Air asam jawa
Garam dan gula
Minyak untuk goreng
Cara membuat
1. Goreng ikan bilis hingga garing dan seketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, dan cili padi. Jika suka pedas lebihkan cili padi. Tumis sampai naik bau.
3. Kemudian curahkan air asam jawa. Selepas mendidih baru masukkan perasa saya masukkan garam, gula dan perasa.
4. Kemudian masukkan ikan bilis tadi, gaul rata. Boleh juga tambah lagi hirian bawang agar lebih manis. Tutup api.
Lauk ini jika dimakan selepas dimasak, ikan bilis masih rangup. Kesedapannya juga bergantung pada kualiti ikan bilis dan rasa masam, masin dan manisnya.
Selamat mencuba
Sumber: Nor Hayati Bakar
Tiada Idea Lauk Makan Malam? Ini Resipi Sedap Pasti Jilat Jari

Kadangkala kira rasa blur tak tahu apa nak masak. Macam semua benda dah kita buat. Kan? Nah, RASA berikan idea untuk anda masak malam nanti.
AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU

Bahan-bahan
500 gram isi dada ayam (potong dadu)
2 biji kentang (belah empat)
1/2 biji cili benggala hijau (potong dadu)
1/2 biji cili benggala merah (potong dadu)
1 biji bawang Holland (potong dadu besar)
2 tangkai daun rosmary segar
1 sudu teh serbuk thyme
1 sudu teh empingan cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan yogurt
½ cawan parutan keju
3 sudu minyak zaitun
1/2 biji lemon (jus sahaja)
Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Campurkan ayam, kentang, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon, yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
2. Perap lebih kurang 15 minit di dalam peti sejuk.
3. Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
4. Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
5. Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
6. Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar dan sedia dihidangkan panas-panas.
DENDENG DAGING BERLADO

Bahan-bahan
500 gram daging (rebus dan hiris nipis dan lebar)
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (potong dadu)
1 batang serai (ketuk)
2 cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
Cara memasak
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
IKAN MASIN JENAHAK SAMBAL PETAI

Bahan-bahan
100 gram isi ikan masin jenahak (dipotong dadu)
100 gram isi petai
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar kasar)
2 ulas bawang putih (dikisar kasar)
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasak
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
Selamat memasak!
Ada Sebab Mengapa Lauk Masakan Datin Liazalee Sedap “Meraung”…

Ada kisah menarik mengapa lauk Asam Pedas Jenahak Datin Liazalee Ahmad dipanggil Asam Pedas Meraung. Ada bahan ramuan yang jadi rahsia, tetapi kini dikongsikan dengan RASA.
“ Ni semuanya dari gara-gara abang saya, bila makan dia kata asam pedas ni cukup cili, asamnya dan ikan segar sedapnya sampai boleh ‘meraung’ . Setiap kali makan dia akan sebut ‘meraunglah’ asam pedas ini,” katanya tergelak kecil.

Membuka rahsia kelazatan masakannya, usahawan wanita yang berasal dari Segamat, Johor ini rupa-rupanya memasukkan sedikit madu tualang dalam setiap masakannya yang membangkitkan lagi rasa.
Sebagai usahawan tentulah mudah bagi dirinya untuk mengurus masa kerana kebanyakan daripada urusan perniagaannya boleh diuruskan di atas talian

“Seboleh mungkin saya akan memasak setiap hari kerana Datuk lebih selesa makan di rumah. Kami akan keluar makan di luar bila tiba hujung minggu, dan menikmati hidangan Jepun ,”ujarnya kepada RASA.

Kata orang suka menjamu tetamu makan adalah di antara punca melimpah ruah rezeki yang berkat. Begitulah yang penulis dengari dari rakan-rakan rapatnya yang hadir pada hari itu, terpikat dengan keenakan air tangannya menyebabkan beliau sering dicari rakan untuk menempah makanan.

Jom kita semak 3 resipi Datin Lia, Min dah rasa memang cukup sedap.
ASAM PEDAS MERAUNG (IKAN JENAHAK)

BAHAN-BAHAN :
- 800 gm ikan jenahak *anggaran 4 keping
- 600 ml air
- 2 sudu teh pati asam jawa | dibancuh dengan setengah cawan air
- 2 biji tomato | dibelah dua
- 7 batang biji bendi
- 5 tangkai daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
- 2 batang serai | diketuk
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan madu tualang
- /2 cawan minyak masak untuk menumis
Bahan kisar :
- 20 biji cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 7 biji bawang merah
- 2 sm belacan
- 2 sm kunyit hidup
- 2 sm halia
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa, gaul hingga sebati.
- Masukkan air dan biar mendidih dengan api sederhana selama 10 minit atau lebih.
- Kemudian masukkan daun keseum dan bunga kantan serta ikan jenahak.
- Masak ikan jenahak di antara 3-4 minit dan kemudian masukkan potongan tomato dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
- Perasakan dengan garam dan madu.
- Padamkan api, dan sajian sedia dihidang.
RENDANG DAGING PARU

BAHAN-BAHAN :
- 1 kg daging | dipotong kiub kecil
- 1 kg paru/kelampung | dipotong 4 ketul, rebus selama 20 minit sehingga lembut dan dipotong kiub kecil
- 500 ml santan segar | daripada 2 biji kelapa
- 50gm kerisik
- 30 gm serbuk kari
- 2 helai daun kunyit | diracik halus
- 4 helai daun limau purut | buang urat daun dan hiris nipis
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 1 sudu makan madu tualang
Bahan dikisar :
- 35 tangkai cili kering | buang biji dan rendam air panas selama 5 minit
- 5 biji cili padi
- 350 gm bawang merah
- 5 sm halia muda
- 2.5 sm lengkuas
- 6 batang serai
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 cawan air
CARA MEMASAK :
- Tumiskan semua bahan kisar dan serbuk kari sehingga naik minyak dan naik bau.
- Masukkan daging, paru dan santan ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih Perasakan dengan garam dan gula
- Kecilkan api dan masak sehingga kuah pekat. Kacau sekali sekala
- Masukkan kerisik , asam keping, madu tualang, dan kacau selalu sehingga kuah kelihatan sangat pekat, berminyak dan daging serta paru lembut.
- Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Masukkan madu tualang, kacau sehingga rata dan padam api.
BUBUR KACANG DURIAN

BAHAN-BAHAN :
- 3 cawan kacang hijau
- 1 1/2 keping gula melaka
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan
- 2 cawan air
- 2 cawan santan
- 4 – 5 ulas durian
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit. Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam.
- Bilas dan rebus sampai empuk.
- Didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dalam periuk dengan api yang perlahan.
- Kacau sehingga semua gula larut dan tapiskan.
- Dalam periuk lain, rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk.
- Masukkan pula larutan gula tadi dan isi durian. Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahana. Jika suka masukkan sagu mata ikan
- Masuk pula santan dan kacau lagi hingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya tak pecah minyak. rasa kemanisan dan angkat
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER DENGAN PELBAGAI PILIHAN MENARIK. JOM LAYARI DI SINI.
ANDA MUNGKIN SUKA VIDEO MASAKAN INI:
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :
https://www.rasa.my/lauk-pauk-minang-untuk-hidangan-pagi-raya/
Hidangan Nasi Raya Istimewa, Pelbagai Rasa. Sesuai Untuk Semua Jenis Lauk!

