Ikan percik sememangnya antara hidangan yang paling kerap dihidangkan terutama dalam musim Ramadan atau hujung minggu. Jika di Kelantan dan Terengganu pula, ia dijual setiap hari di kedai-kedai makan. Sememangnya hidangan ini mampu memecahkan selera. Ikan bakar yang dilumur ramuan kuah percik yang penuh dengan pelbagai rasa dan lemak  dari santan ini sentiasa dicari orang. Jom kita cuba resipi ini.

BAHAN-BAHAN

IKLAN
  • 7 ekor ikan selar
  • 
*5 ulas bawang merah
  • *4 ulas bawang putih
  • 
*6 tangkai cili kering (rendam air panas )
  • *1/2 inci halia.
  • *1 batang serai (hiris nipis).
  • *1 sudu besar kerisik
  • 1 gelas santan pekat.
  • 2 gelas air.
  • 1 keping asam keping @ gelugur.
  • 1 sudu kecil kunyit
  • Serbuk 
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

IKLAN
IKLAN
  1. Kisar semua bahan-bahan yang bertanda*.
  2. 
Siang dan cuci ikan.
 Ambil satu sudu besar bahan kisar tambahkan sedikit serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam. Lumurkan dan perap ikan 10 minit.
 Bakar ikan.
  3. Untuk membuat kuah, masukkn santan dalam kuali dan air. Pansakan sekejap dan masukkan asam keping.
  4. 
Masukkan bahan kisar kacau rata. Masak hingga kuah pekat.
  5. 
Bila ikan masak lumurkan atau percikan sedikit kuah atas ikan. 
Bakar kejap supaya kuah meresap pada ikan.

Kredit: Zainun Mamat

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI