Biasanya orang buat kuah laksa guna ikan mentah, namun kadangkala harga mahal ikan boleh membantut hasrat nak membuatnya.
Namun menerusi perkongsian daripada Noratiqah Nordin ini, dia hanya menggunakan sardin tin saja untuk membuat kuah laksa.
Dan rasanya? Memang sedap sangat mengalahkan hidangan yang ada di kedai kopitiam. Jom kita cuba buat.
RESIPI MACAM MANA BUAT LAKSA SARDIN TIN
BAHAN KUAH
2 tin sardin ( 1 besar & 1 kecil) – beli online DI SINI
4 biji bawang merah – beli online DI SINI
3 ulas bawang putih – beli online DI SINI
Sedikit belacan – beli online DI SINI
2 ketul kiub ikan bilis
3 senduk cili kering yang dikisar – beli online DI SINI
2 bunga kantan
3 ikat daun kesum
4 keping asam keping yang besar – beli online DI SINI
Garam secukup rasa – beli online DI SINI
Gula secukup rasa – beli online DI SINI
TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®️: Ayam Goreng Berempah
TONTON Minit Ekspress: Sambal Telur Pecah
CARA-CARA:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, belacan dan satu tin sardin besar. Manakala tin sardin kecil, kita hancur kasar saja.
2. Apabila dah kisar, masukkan ke dalam periuk. Kemudian, masukkan cili kering yang dah dikisar. Kacau sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Masukkan air ikut kepekatan yang kita nak. Kemudian, masukkan sardin hancur kasar. Kacau rata.
TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung
TONTON Dapur Rasa Live Bersama Che Ila: ROTI REBEN GULA
4. Apabila mendidih, letak kiub ikan bilis. Nak bagi dia rasa lemak-lemak ikan.
5. Masukkan daun kesum, bunga kantan, asam keping, garam dan gula. Masak hingga mendidih dan cukup masak. Siap untuk dihidang.
Kredit resipi: Noratiqah Nordin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: