Tinggal jauh dari kampung halaman tentunya mengundang pelbagai memori lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini. Salah satu yang teringat-ingat tentunya pelbagai sajian istimewa air tangan ibu di kampung.
Bagi Atu Zero, bila tiba bulan puasa, aneka sajian dari kampung halaman tercinta di Sabah menjadi pilihan beliau. Walau tak dapat merentas Laut China Selatan untuk pulang berbuka bersama insan tercinta, sekurangnya masih boleh masak sendiri dan makan waktu berbuka bersama keluarga.
Terasa nak cuba menu-menu istimewa yang dikongsi oleh Dato’ Chef Wan dan Atu Zero dalam rancangan Rasa Nostalgia Ramadan? Jom lihat resipi-resipinya. Sangat mudah, sedap dan anda boleh masak untuk berbuka di sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba!
1. MEE UDANG (SABAH)
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SAMBAL MANIS:
BAHAN HIASAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi. Masukkan cili. Tumis lagi hingga masak.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan air rebusan dan mi. Tambahkan air untuk lembutkan mi.
4. Masukkan udang dan biarkan sekejap sehingga mi menjadi lembut.
5. Masukkan lada sulah kemudian masukkan telur. Gaul rata.
6. Hiaskan dengan bawang goreng, daun bawang dan telur rebus.
7. Sedia untuk dihidang.
2. PASTEL (KARIPAP MI SABAH)
BAHAN-BAHAN:
BAHAN AIR LADA:
BAHAN TUMIS:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak.
2. Tumbuk cili serta bawang putih. Kemudian tumis.
3. Masukkan bawang dan tumis sampai garing.
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
5. Masukkan bihun. Gaul rata hingga semua bahan sebati. Angkat.
CARA MEMBUAT DOH KARIPAP:
1. Campurkan tepung, marjerin dan air garam.
2. Uli sampai jadi tekstur yang diingini.
3. Leperkan tepung dan tekapkan dengan cawan untuk mendapat bentuk bulat.
4. Letakkan inti bihun di tengah, kemudian bentukkan ia menjadi karipap.
5. Goreng dalam minyak panas (deep fry) hingga garing dan kekuningan.
PETUA BUAT KULIT KARIPAP
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan popular tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia mereka..
Nak tahu siapa tetamunya? Kenalah tunggu dan tonton Rasa Nostalgia Ramadan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di saluran Astro Prima & Prima HD (105 & 125).