
Biasanya kalau rasa nak makan Sizzling Yee Mee, kena ke kedai sebab dekat rumah tak ada hot plate. Tapi rupanya, walaupun tak ada benda tu, boleh je masak Sizzling Yee Mee homemade yang sedap. Hanya guna kuali biasa je. Hasilnya memang sedap dan tak perlu dah makan di kedai lagi. Jom cuba!
RESIPI SIZZLING YEE MEE

BAHAN-BAHAN (sukatan 3 orang makan):
- 3 gulung yee mee
- 5 ulas bawang putih – dicincang halus
- 1/2 inci halia – dicincang halus
- Ayam – dipotong kecil
- Cendawan shitake kering @ basah
- 5 biji cili kering – dipotong-potong
- 4 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan kicap cair
- 3 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 kiub MAGGI® Pati Ayam
- 2-3 sudu makan tepung jagung (tambah sedikit air)
- Minyak untuk menumis
- 4 cawan air @ lebih
CARA MEMASAK:
- Masukkan minyak bijan dan minyak masak. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
- Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
- Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, kiub MAGGI® Pati Ayam dan serbuk lada hitam.
- Biarkan mendidih dan ayam masak. Masukkan cendawan. Biarkan 2 – 3 minit.
- Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
- Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 6 untuk hidangan yee mee yang lain.
PETUA:
1. Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat daripada besi. Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat, jangan buang sebaliknya cuci bersih sehingga hilang semua karatnya.
2. Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yang kering.
Kredit foto: Shutterstock
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
6 Resipi Minum Petang Paling Sedap, Kegemaran Anak-Anak

Tidak lengkap minum petang tanpa hidangan bergoreng seperti aneka cucur pelbagai perisa, cempedak goreng, pisang goreng dan sebagainya. Rangup dan sedap, ia bukan sahaja disukai oleh orang dewasa malah kanak-kanak pun leka menikmatinya.
Banyak gerai yang menjual hidangan bergoreng begini namun sukar nak jumpa yang betul-betul kena dengan selera. Tapi ada cara untuk menikmati sajian minum petang yang enak dan memenuhi cita rasa semua hanya dari dapur anda!
Nikmati Pisang dan Cempedak Goreng yang sedap dan rangup hanya dengan menggunakan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g. Lengkap dengan campuran tepung dan perasa yang diperlukan. Setiap gorengan disalut sempurna dan ditambah aroma vanila yang memikat selera. Paling penting, ia sangat mudah disediakan. Hanya tambah air secukupnya, dah siap adunan.

Masak cucur juga jadi lebih mudah dengan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g. Jika sebelum ini nak masak cucur tapi susah nak anggar sukatan tepung, air dan perasa yang tepat. Hasilnya cucur yang dimasak jadi keras, tidak rangup dan kadang-kala, kurang rasa. Tak berselera nak makan. Tapi kini tidak perlu risau lagi.
Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g ini dihasilkan dengan sukatan yang lengkap bagi memudahkan anda menghasilkan cucur yang sangat enak. Cukup dengan perasa dan rempah yang diperlukan. Tak perlu lagi tambah perasa tambahan. Hanya masukkan hirisan sayur-sayuran dan goreng hingga kuning keemasan. Sedapnya memang tak terkata. Rangup diluar, lembut di dalam, sangat membuka selera. Pendek kata memang boleh habis sepinggan bila dicicah dengan sos kegemaran.

Jomlah masak menu goreng-goreng petang ni. Seri-Aji® kongsikan seleksi resipi sajian minum petang yang sedap dan mudah yang anda boleh masak untuk keluarga. Selamat mencuba!
1. CUCUR SAYUR Seri-Aji®

Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g
- Minyak masak secukupnya
- 150g lobak merah – potong memanjang
- 50g kubis – potong memanjang
- 18g daun kucai – potong kecil 1cm
- 8g daun saderi – potong kecil 1cm
- 325ml air
CARA MEMASAK:
1. Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g bersama 325ml air.
2.Tambahkan hirisan lobak merah, kubis, daun kucai dan saderi. Gaulkan sehingga sebati.
3.Ambil adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas sehingga warnanya kuning keemasan.
*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g boleh digunakan untuk menggoreng 17 biji cucur.
2.CUCUR UDANG Seri-Aji®

Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g
- Minyak masak secukupnya
- 375g udang
- 30g daun kucai – potong kecil 1cm
- 25g bawang merah – hiris
- 325ml air
CARA MEMASAK:
1.Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g bersama 325ml air.
2.Tambahkan udang, hirisan daun kucai dan bawang merah. Gaulkan sehingga sebati.
3.Ambil adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas sehingga warnanya kuning keemasan.
*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g boleh digunakan untuk menggoreng 17 biji cucur.
3. CUCUR JAGUNG

Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g
- Minyak masak secukupnya
- 250g jagung manis
- 1 biji bawang Holland – cincang
- 2 tangkai daun sup – cincang
- 325ml air
CARA MEMASAK:
1.Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g bersama 325ml air.
2.Tambahkan jagung manis, bawang kuning dan daun sup. Gaulkan sehingga sebati.
3.Ambil adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas sehingga warnanya kuning keemasan.
*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g boleh digunakan untuk menggoreng 15 biji cucur.
4.PISANG GORENG Seri-Aji®

Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g
- Minyak masak secukupnya
- 15 biji pisang
- 150ml air
CARA MEMASAK:
1. Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g bersama 150ml air.
2.Salutkan pisang dengan adunan tepung.
3. Gorengkan sehingga warnanya kuning keemasan.
*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g boleh digunakan untuk menggoreng 15 biji pisang.
5. CEMPEDAK GORENG Seri-Aji®

Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g
- Minyak masak secukupnya
- 30 ulas cempedak
- 150ml air
CARA MEMASAK:
1.Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g bersama 150ml air.
2.Salutkan cempedak dengan adunan tepung.
3.Gorengkan sehingga warnanya kuning keemasan.
*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g boleh digunakan untuk menggoreng 30 ulas cempedak.
6. CHURROS

Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN
- 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g
- Minyak masak secukupnya
- 50g tepung gandum
- 200g mentega
- 6 biji telur
- 1 sudu besar gula kastor
- 1/4 sudu kecil garam
- 3 sudu besar kulit kayu manis
- 3 sudu besar gula perang
- 500ml air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan mentega, gula, garam dan air ke dalam periuk dan didihkan.
2. Setelah mendidih, kecilkan api kemudian masukkan tepung.
3. Kacau dengan spatula sehingga adunan menjadi doh lembut dan doh mula melekat pada permukaan periuk.
4. Biarkan doh sejuk selama 5 minit.
5. Masukkan esen vanila dan telur kemudian pukul dengan pengadun elektrik.
6. Pindahkan adunan ke dalam beg paip yang diletakkan nozel bintang pada hujung
7. Paipkan adunan sepanjang 10cm ke dalam minyak yang telah dipanaskan dan potong dengan gunting bersih.
8. Goreng hingga kekuningan. Ulang sehingga adunan selesai. Ketepikan.
9. Campurkan gula perang dan serbuk kayu manis, kemudian salutkan churros dengan campuran gula.
10. Sedia untuk dihidangkan.
Anda Handal Di Dapur? Ayuh Sahut Cabaran Dengan Menyertai Peraduan Seri Aji® Jaguh Memasak!
Jom sertai Peraduan 𝐒𝐞𝐫𝐢-𝐀𝐣𝐢® 𝐉𝐚𝐠𝐮𝐡 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤 dan rebut peluang memenangi Thermomix 6 dan pelbagai hadiah menarik yang lain!
Caranya mudah sahaja. Hanya ikut 3 langkah mudah ini:
- Pilih kategori yang anda ingin bertanding dan rakam video kreatif ‘boomerang’ yang mengandungi mana-mana produk Seri-Aji®.
- Muat naik video ‘boomerang’ di laman sosial (facebook/Instagram) anda dan tetapkan pada tetapan umum (public).
- Tuliskan kapsyen mengenai kenangan indah anda ketika memasak menggunakan produk Seri-Aji® dan letakkan ‘hashtag’ #SeriAjiJaguhMemasak #SeriAji & tag @HiAjinomoto.
HADIAH INI BAKAL MENJADI MILIK ANDA!
- HADIAH UTAMA: Thermomix 6 Kitchen Gadget (layak jika anda menyertai kesemua tiga kategori)
- PEMENANG JAGUH NASI GORENG: “Molly” Kuvings Multi-Function Cooker
- PEMENANG JAGUH AYAM GORENG: PerySmith 30L Air-Fryer Oven (saiz XXL)
- PEMENANG JAGUH SNEK PETANG: Le Creuset Signature Round French Oven 18cm + Venus Spatula Spoon
ISTIMEWA UNTUK 50 PESERTA TERAWAL: Baucar Shopee bernilai RM10
Tempoh Peraduan: 8 November – 19 Disember 2021
Untuk info lanjut mengenai kategori, hadiah, dan cara menyertai peraduan, sila layari – http://www.ajinomoto.com.my/seriajijaguhmemasak/
Jom hantar penyertaan anda sekarang!
Cabaran Memasak KOL 7 Hari Bersama Philips

Sepanjang PKP ini ramai yang memenuhi aktiviti harian dengan memasak. Maka lahirlah idea dan inspirasi baru untuk mencuba menu-menu yang menarik dan lazat untuk dinikmati sekeluarga. Dalam waktu yang sama seluruh isi rumah turut berjimat dengan menyediakan makanan sendiri dari kerap membeli. Lebih terjamin kebersihan dan kesihatan serta puas makan.
Menyedari akan keperluan itu, Majalah RASA dan jenama Philips menganjurkan 7 hari Bersama Philips #rasa masakchallengexphilips menggunakan All-In-One Cooker dan Airfryer XXL. Penggunaan kedua peralatan ini sungguh sempurna buat anda yang mementingkan gaya hidup yang sihat.
All-In-One Cooker memasak hidangan secara efisien 6 kali lebih cepat berbanding model terdahulu. Manakala memasak menggunakan Airfryer XXL keenakan rasa yang maksimum serta minimum lemak. Airfryer XXL menggunakan haba panas untuk memasak makanan kegemaran dengan menggunakan sedikit minyak atau tanpa minyak.


Cabaran memasak ini melibatkan tiga orang KOL dengan jutaan pengikut yang tinggi di instagram masing-masing iaitu dapoq_pdot, arianna.kitchen dan ashhryyyyy

Merupakan seorang pereka grafik yang mempunyai minat tinggi dalam masakan. Mula memasak sejak berusia 10 tahun dan mula aktif berkongsi video masakan di Instagram ketika belajar di kolej. Dengan gayanya yang santai serta menggunakan loghat utara menambat hati ramai peminat untuk mengikuti di instagram dapoq_pdot. Resipi yang dikongsinya praktikal dan mudah diikuti.
Arianna Natasha Abd Zambree

Gaya percakapan gadis manis ini di setiap video masakan yang dihasilkan sangat memikat hati. Maka tidak hairan ramai pengikutnya di instagram arianna.kitchen. Arianna punyai gaya tersendiri dalam mempersembahkan setiap video masakan dengan resipi semasa dan memberi impak yang bermakna buat pengikutnya.
Mohd Asri Atan

Melihat gaya Ashhryyyyy memasak dalam instagram ashhryyyyy dengan tagline sho shedap buat ramai tertawan hati. Style percakapan yang cepat dan menu masakan yang cepat disediakan serta enak menjadi signature anak muda ini. Video masakannya hanya menggunakan peralatan asas dan bahan terpilih sudah mampu menyediakan resipi enak.
Cabaran ini bermula dari 18 sehingga 24 Mei 2020 dengan menggunakan #rasamasakchallengeXphilips
#syukurbersama#indahkansenyumaneratkanjalinan . Setiap KOL akan memasak dua hingga tiga resipi bertema menu Ramadan dan Hari Raya menggunakan All-In-One Cooker dan Airfryer XXL .
Mereka perlu menyediakan hidangan yang serba ringkas dan enak dengan bajet di bawah RM30 . Apabila memasak menggunakan kedua peralatan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan teknik yang ditunjukkan oleh KOL ini. Antara menu tersebut ialah Ayam Panggang Rose, Kek Marble, Pizza Sosej Keju dan Kari Ayam Kampung.
Selepas itu KOL perlu menyunting sendiri video masakan yang dihasilkan dengan style masing-masing. Semestinya video yang dihasilkan oleh ketiga-tiga KOL ini dinantikan oleh jutaan pengikut mereka. Tambahan pula menu yang disediakan bertemakan Ramadan dan Hari Raya.

Grab Melancarkan Grabsupermarket Di Lembah Klang Untuk Penghantaran Barangan Runcit

Grab, aplikasi super terkemuka di Asia Tenggara hari ini mengumumkan pelancaran GrabSupermarket, pertama-satu-satunya pasaraya Grab untuk penghantaran sahaja di rantau ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk penghantaran barangan runcit.
Terletak di lokasi yang strategik di kawasan Lembah Klang, GrabSupermarket, yang mula melakukan ujian rintis pada beberapa minggu yang lalu, memenuhi permintaan pembeli runcit dalam talian yang semakin meningkat di kawasan ini yang mencari cara yang senang dan mudah diakses untuk menambah semula barangan runcit mingguan mereka di GrabMart. GrabSupermarket kini menghantar lebih daripada 2,500 produk termasuk pelbagai pilihan barangan rumah, keperluan dapur, barangan kecantikan dan kesihatan serta produk segar yang diperolehi dari gudangnya.

Dengan kos penghantaran percuma, GrabSupermarket membawa hasil segar yang berpatutan dan berkualiti tinggi ke pintu rumah pelanggan dengan nilai maksimum dan kesegaran dalam masa 24 jam.
“Model penghantaran pada keesokan harinya membolehkan kami memastikan hasil produk dihantar dari pelbagai rakan kongsi ladang dan pembekal dihantar terus kepada kami, dan dari kami kepada pelanggan, semuanya dalam masa 24 jam. Kami melihat penerimaan yang luar biasa ke atas GrabSupermarket dalam kalangan pengguna semasa fasa percubaan, dengan hasil segar seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan dan hasil ternakan merangkumi hampir 50% pesanan kami. Di samping itu, dengan GrabRewards, pelanggan Platinum Grab memperolehi penjimatan sehingga 5% untuk semua barangan runcit mereka dengan GrabSupermarket, GrabPay Credits dan Maybank Grab Mastercard Platinum Credit Card,” kata Sean Goh, Pengarah Urusan Grab Malaysia.
“Cita-cita kami adalah untuk menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit dengan harga terbaik, kesegaran yang maksimum dan tanpa bayaran penghantaran kepada setiap isi rumah di Malaysia. Di samping itu, kami berharap GrabSupermarket akan mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan untuk semua pemandu kami, “tambah Sean Goh, Pengarah Urusan Grab Malaysia.
Sejak memulakan ujian rintis terhad di Petaling Jaya tiga minggu yang lalu, GrabSupermarket telah memenuhi ribuan penghantaran. Dengan pelancaran hari ini, GrabSupermarket akan tersedia di seluruh Lembah Klang.
Melangkah ke hadapan, Grab merancang untuk mengembangkan GrabSupermarket dan memperluas ke lebih banyak ibu kota di seluruh negara. Grab juga akan terus melabur untuk membangun dan meningkatkan pengalaman melayari pasaraya dalam aplikasi bagi memberikan pengalaman terbaik pelanggan ketika membeli-belah barangan runcit. “Kami telah didorong oleh sambutan daripada ekosistem rakan kongsi dan pelanggan kami, dan kami sangat komited untuk terus meningkatkan perkhidmatan dengan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada setiap rakyat Malaysia,” kata Goh.

GrabSupermarket adalah kesinambungan daripada GrabMart, perkhidmatan penghantaran barangan dan barangan runcit segera Grab yang berkembang pesat yang terdapat di lapan buah negara di Asia Tenggara dan lebih daripada 70 bandar. GrabMart mempunyai lebih 12,000 kedai runcit sebagai rakan kongsi di rantau ini, memberikan pelanggan Asia Tenggara cara mudah untuk mengakses produk keperluan dan yang paling laris atas permintaan dalam masa 30 minit.



