Tinggal jauh dari kampung halaman tentunya mengundang pelbagai memori lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini. Salah satu yang teringat-ingat tentunya pelbagai sajian menu kampung yang sangat membuka selera.
Rasa Nostalgia Ramadan hari ini bersama hos Amy Mastura telah mengembara jauh nun ke Utara tanah air untuk ke kampung pelakon yang tidak asing lagi iaitu Fikry Ibrahim.
Cantik sungguh pemandangan desa. Ada sawah padi hijau yang terbentang luas, ikan berenang bebas dalam tali air. Memang menenangkan. Ditemani angin sepoi-sepoi bahasa, Fikry bersama sepupu tersayang, Fahmi Yussof berbesar hati memasak menu berbuka nostalgia kegemaran. Nasib baik ada sepupu yang handal memasak. Nak makan apa, minta sahaja. Bertuahnya badan!
Sambil memasak, pelbagai kisah lama diimbau kembali oleh mereka berdua. Bermacam-macam cerita dikongsi. Patutlah mereka ni rapat. Dari kecil lagi sentiasa bersama. Pasti banyak juga rahsia Fikry ni yang Fahmi simpan kan?
Fikry ni memang panjang akal. Masa Fahmi sibuk memasak, masa tu juga lah dia nak pergi memancing. Katanya nak tunggu ikan balik kerja. Itu sudah satu hal. Kata pergi memancing tapi yang dibawa baliknya ayam jantan. Sabar jela!
Terasa nak cuba menu-menu istimewa yang dikongsi oleh Fikry Ibrahim dalam Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung tadi? Jom lihat resipi-resipinya di bawah ini. Sangat mudah, sedap dan anda boleh masak untuk berbuka di sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba!
1. ASAM PEDAS UTARA
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ikan kembung
- 1 batang serai – dititik
- 1 kuntum bunga kantan – dibelah dua
- 2 tangkai daun kesum
- 3 keping asam keping
- 4 biji bendi
- 1 biji tomato
- 1 sudu besar TUMIX® Pati Ikan Bilis
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR HALUS
- 6 biji bawang merah
- 12 tangkai cili kering – direbus
- 1 inci belacan
CARA MEMASAK:
1. Kisar halus bahan-bahan (A).
2. Masukkan bahan kisar halus mulus ke dalam periuk kesayangan (tanpa minyak), dan jangan lupa buka api
3. Tambahkan 2 mangkuk air atau mengikut sukatan kuah yang diinginkan. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan kembungyang telah dicuci bersih. Masukkan serai yang telah dititik.
5. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Ini adalah bahan-bahan yang perlu ada untuk masak asam pedas utara ini.
6. Tutup tudung periuk dan kecilkan api. Biarkan bahan masakan mendidih dan ikan masak elok.
7. Setelah ikan masak, Jangan lupa perasakan dengan TUMIX® Pati Ikan Bilis.
8. Kemudian masukkan bendi dan tomato serta terus tutupkan api. Biarkan bendi dan tomato layu dalam suhu periuk yang panas ini.
9. Sedia untuk dihidang.
2. CUCUR TEPUNG LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang
- 2 cawan air mendidih
- 3 sudu besar gula
CARA MEMASAK:
1. Gaul SERI-AJI® Tepung Goreng Pisang bersama gula.
2. Masukkan air panas dan gaul sebati.
3. Sapukan minyak masak di tangan dan uli doh menjadi bentuk bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Balik-balikkan semasa menggoreng.
5. Siap untuk dihidang.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI