
Sedapnya kalau dapat makan mee rebus Terengganu petang ini. Penggemar mee rebus Terengganu, bolehlah cuba resipi istimewa ini.
Menu mee rebus ini sesuai untuk semua peringkat umur. Resipi yang dikongsi Umi Watie ini senang je untuk dimasak.
MEE REBUS TERENGGANU STAIL

BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih – beli online di sini
½ inci halia – beli online di sini
Isi ayam/daging/sotong/udang
2 liter air
1 bungkus mee kuning
Lobak merah – beli online di sini
Fish ball/fish cake
Telur
Tomato | dibelah 4
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
TONTON Danish Cinnamon Cheese | Dapur Rasa Live
CARA MASAK:
1. Tumiskan bawang putih dan halia. Saya kisar halus semua bahan ni.

2. Bila bahan tumisan dah wangi, masukkan isi ayam dan daging. Kalau suka udang ke sotong ke boleh je bubuh. Semua pun sedap.
3. Masukkan air secukupnya. Saya bubuh air 2 liter untuk sebungkus mee kuning tu. Kalau suka kuah lebih boleh bubuh lebih ya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Masukkan lobak merah, kalau tak ada tak pe. Saya masukkan juga sawi. Senang masak mee sup ni. Semua bahan boleh lebur saja.
5. Masukkan fish ball dan fish cake. Bila kuah dah menggelegak ganas, bubuh mee kuning yang dah dicuci dahulu.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Barulah lebih ummmmph. Kacaukan rata semua bahan.

7. Masukkan telur ayam ikut berapa orang nak makan. Mana yang tak nak telur kita tak payah bubuh.

8. Akhir sekali, masukkan tomato. Agak tengok telur kita tadi dah keras molek. Matikan api. Dah siap, saya hidangkan dengan chili oil dan garlic oil.
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Mudah Muffin Pisang Gebu, Lagi Sedap Letak Kacang Walnut
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Simple Masak Nasi Lemak Pandan, Sambal & Ayam Goreng Berempah

Menu nasi lemak antara yang mudah untuk dimasak dan senang disediakan buat hidangan keluarga.
Resipi nasi lemak pandan bersama sambal dan ayam goreng berempah yang dikongsi Nurul Huda Sulaiman ini, mudah saja untuk dimasak.
NASI LEMAK BERSAMA SAMBAL & AYAM GORENG BEREMPAH

BAHAN UNTUK NASI:
1kg beras | basuh bersih & toskan
4 cawan santan segar – beli online di sini
2 cawan air (bergantung nisbah air & beras)
6 biji bawang merah –beli online di sini
2 ketul halia besar ibu jari – beli online di sini
1 sudu besar garam – beli online di sini
1 sudu kecil gula – beli online di sini
3 helai daun pandan
2-3titik pewarna hijau
TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
CARA MASAK:
Kacau-kacau sebati semua bahan. Kemudian, masak beras macam biasa. Siap nasi, ketepikan.



BAHAN KISAR:
1 ½ ekor ayam
2 sudu besar biji ketumbar – beli online di sini
1 sudu besar jintan manis – beli online di sini
½ biji bawang besar holland – beli online di sini
6 biji bawang putih – beli online di sini
6 batang serai – beli online di sini
Halia sebesar ibu jari
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN PERAP:
3 sudu besar serbuk kari daging – beli online di sini
5 tangkai daun kari
2 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk perasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:
Gaul rata ayam dengan bahan kisar dan bahan perap. Kemudian, simpan dalam peti ais beberapa jam. Gorengkan ayam hingga masak. Tos dan ketepikan.

BAHAN SAMBAL:
4-5 sudu besar cili kisar
4 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar halia kisar
1 genggam ikan bilis | basuh & kisar halus – beli online di sini
½ nisan kerek/gula melaka – beli online di sini
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk perasa
2 sudu besar gula
Sedikit belacan
1 sudu kecil asam jawa – beli online di sini

CARA MASAK:
1. Tumis cili kisar hingga naik minyak. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau rata.
2. Masukkan ikan bilis kisar, nisan kerek, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau lagi.

3. Jangan lupa untuk masukkan belacan dan asam jawa. Kacau sebati. Masak dalam 1 jam lebih dengan api kecil untuk dapat sambal macam ni. Siap.
4. Hidang nasi lemak dengan ayam goreng bersama hiasan timun, telur rebus dan bilis goreng.
Kredit resipi: Nurul Huda Sulaiman
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Penuh Dengan Aroma Rempah Ratus, Ini Cara Masak Kerutuk Daging
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Nak Beli Sos Ikan Tapi Ragu-Ragu Dengan Status Halalnya? Kini Anda Boleh Hasilkannya Secara Homemade.

Sos ikan atau nampla pula adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya.

Bahan penambah rasa ini boleh dikatakan sebagai bahan masakan yang tidak asing lagi bagi masyarakat yang tinggal di Asia Tenggara dan kawasan pantai Asia Timur serta digunakan secara meluas dalam masakan Kemboja, Filipina, Thailand, Laos and Vietnam.
Cecair berwarna kuning gelap yang diekstrak daripada pemeraman ikan dengan garam laut ini biasanya digunakan sebagai penambah perasa di dalam pelbagai jenis masakan. Selain ditambah kepada hidangan semasa proses memasak, sos ikan juga digunakan dalam penyediaan kuah celupan yang sesuai dinikmati bersama hidangan ayam, daging dan juga makanan laut.

Rasanya agak masin dan ada masanya resipi yang menggunakan sos ikan di dalamnya tidak memerlukan garam. Sos ikan atau sos sotong mempunyai haruman yang lebih kurang sama tetapi rasanya agak berbeza. Sos sotong lebih ‘berlemak’ manakala sos ikan agak masin. Campuran sos ikan di dalam resipi kerabu juga boleh membangkitkan rasanya. Walaupun begitu, pengambilannya tidaklah digalakkan kerana rasanya yang masin.
Nak belajar cara buat sos ikan sendiri? Ini resipinya. Dengan menghasilkan sendiri secara homemade, anda mampu mengawal jumlah garam yang digunakan. Malah kebersihan serta status halalnya lebih terjamin dan menyakinkan.

RESIPI SOS IKAN NAMPLA
BAHAN-BAHAN:
- 600gm ikan tenggiri
- 5 ulas bawang putih | dicincang kasar
- 1 biji limau nipis | diambil jusnya
- 5 helai daun salam
- 2 sudu kecil lada hitam
- 2 cawan air masak
- 1 sudu besar garam kasar
CARA MEMBUAT:
- Potong kecil ikan tenggiri. Ketepikan,.
- Kemudian dalam satu bekas kedap udara, campurkan air masak bersama garam. Larutkan.
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan tutup rapat. Biarkan selama 2-3 minggu.
- Selepas tempoh mengawet, tapis air dan simpan di dalam botol. Simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.
INFO YANG ANDA PERLU TAHU:
- Sos ikan ini boleh bertahan selama 4-6 bulan sahaja. Ini kerana ia dibuat secara homemade tanpa ada penambahan bahan pengawet.
- Biarkan ada sedikit ruang pada bekas kedap udara anda ketika memerap ikan kerana jumlah air akan bertambah semasa proses mengawet. Ia bagi mengelakkan sos ikan yang anda hasilkan keluar dari bekas.
Di Thailand, penggunaan sos ikan boleh dikatakan digunakan di dalam setiap jenis hidangannya seperti tomyam, sup, hidangan kacau goreng dan juga kerabu. Ia memberikan rasa enak yang luar biasa dan mempunyai rasa berbeza dengan sajian yang sama tetapi hanya menggunakan bahan perasa yang biasa.
Berikut RASA kongsikan beberapa resipi kerabu yang menggunakan sos ikan sebagai bahan perasanya. Selamat mencuba!

1. KERABU SOTONG BERSUHUN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong | dibersihkan
- 6 biji limau kasturi
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh gula
- 1 tangkai daun ketumbar | dicincang kasar
- 5 biji cili api |hiris
- 2 kuntum bunga kantan | dihiris nipis
- 150gm suhun | dicelur
- 200ml air
- 1 batang serai | dititik
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Sotong yang siap dibersihkan, dibuang kulit dan dipotong bunga.
- Panaskan air dan celurkan sotong bersama serai, halia serta sedikit garam. Angkat dan toskan airnya.
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk bersesuaian. Gaul rata.
- Perasakan denagn menambah gula, sos ikan dan kicap cair dengan secukupnya. Gaul hingga sebati.
- Sedia untuk dinikmati.
2. KERABU PERUT
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg perut lembu | dibersihkan
- Kacang panjang secukupnya | dihiris halus
- 3 ulas bawang merah | hiris halus
- 10 biji cili padi | dihiris halus
- 3 biji limau nipis | ambil jusnya
- 1 biji tomato | hiris
- 2 batang serai |hiris halus
- 5cm halia | hiris tipis
- Daun kesum | dihiris halus
- 1 sudu teh sos ikan
CARA MEMASAK:
- Rebus perut lembu bersama garam dan halia sehingga empuk. Toskan airnya dan hiris nipis.
- Masukkan perut ke dalam bekas dan masukkan bahan-bahan yang dihiris. Gaul rata.
- Kemudian masukkan jus limau nipis dan gaulkan hingga semua bahan sekata.
- Masukkan sos ikan dengan secukup rasa dan gaul lagi sekali biarkan sekata .
- Sedia untuk dihidang.
Senang & Boleh Buat Sendiri 10 Sos Pencicah Sedap Ni.

Bila makan steak pasti anda akan teruja bila menikmati keenakkan sosnya, atau mencicah kentang goreng atau nachos dengan sos mustard atau salsa yang masam manis, atau mencicah bergedil dengan sos macam manis. Malah banyak lagi sos yang dijadikan sebagai sos untuk melengkapi keenakan masakan seperti sos balognes untuk dihidangkan dengan pasta, sos tirayaki digabungkan dengan ayam goreng. Semua sos ini memang sedap sebab itulah satu dunia mengakuinya. Kalau korang nak cuba buat sos sendiri, ini disediakan 10 resipi sos yang biasa korang makan dan sangat mudah disediakan.

SOS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 Sudu makan minyak goreng.
- 1 ulas bawang puti | titik
- 1 biji cili merah |buang biji kemudian hiris nipis
- 250ml air stok ayam
- 2 sudu makan sps tomato
- 1 sudu makan gula pasir
- ¼ sudu teh minyak bijan
- 1 sudu makan cuka
- 1 sudu makan tepung ubi | larutkan dengan 1 sudu makan air
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan cili merah hingga wangi.
- Masukkan stok ayam dan bahan-bahan lain, kecuali air larutan tepung ubi.
- Setelah mendidih baru masukkan air larutan tepung ubi. Kacau rata hingga pekat.
- Tutup api dan sos siap dituang atas makanan atau dijadikan pencicah makanan.

SOS KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu makan mentega
- 2 sudu makan tepung gandum
- 100gm keju cheddar
- 150ml susu cair
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega hingga cair.
- Masukkan tepung, terus kacau di atas api kecil.
- Masukkan susu cair, diikuti keju.
- Untuk mengelakkan adunan hangus, jangan berhenti kacau.
- Setelah masak tutup api dan sos siap untuk dicicah dengan makanan lain.

SOS TERIYAKI
BAHAN-BAHAN:
- 1,100ml kicap manis
- 100ml kicap masin
- 4 sudu makan gula perang
- 1/2 sudu makan halia yang sudah diparut
- 3 ulas bawang putih |kisar galus
- 1 cawan nanas siap parut
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 1 sudu makan tepung jagung
- Air secukupnya untuk melarutkan tepung jagung.
CARA MEMASAK:
- Bancuh tepung jagung dengan air secukupnya. Ketepikan.
- Masukkan kicap manis dan masih dalam periuk.
- Panaskan sambil terus mengacau hingga berwap.
- Tambah ke dalamnya, gula perang, bawang putih, halia yang dikisar halus tai.
- Masukkan jus perhgan limaunipis dan nanas.
- Terus kacau supaya bahan campuran sebati.
- Akhir sekali masukkan jus limau nipis dan nanas.
- Kacau hingga rata, kemudian tambahkan air putih dan biarkan ia hingga mendidih.
- Tuangkan larutan tepung ubi, terus kacau hingga sos menjadi pekat dan meletop-letop,
- Tutup api, keluarkan nanas dan simpan sos dalam botol, sos Teriyaki sedia digunaka sebagai bahan campuran dalam pelbagai masakan.

SOS PASTO
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan daun basil segar
- ½ cawan minyak zaitun
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang parsley
- 1/4 kacang pine
- 1/2 cawan keju parmesan parut
- Sedikit garam dan lada hitam
CARA MEMASAK:
- Masukkan daun basil, minyak zaitun, bawnag aputih, parsley, garam dan lada hitam dan kacang pine dalam blender.
- Kisar hingga halus.
- Keluarkan dari blender dan campurkan dengan parutan keju.
- Sedap disajikan sebagai sos pasta.

SOS SALSA
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji tomato | potong dadu kecil
- 1/2 biji cili banggala merah | dipotong dadu kecil
- 1/2 biji bawang Holland | potong dadu kecil
- 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan yang dipotong dadu ke dalam mangkuk besar.
- Perahkan jus limau nipis ke dalamnya Bersama sedikit garam.
- Gaul rata dan biarkan lebih kurang 15 minit.
- 4, Setelah siap, sos ini boleh dihidangkan dengan nachos.

SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tiram segar | kopek, bersihkan dan dihiris halus
- 150ml air bersih
- 1 sudu makan kicap soya
- 2 sudu teh kicap masin
CARA MEMASAK:
- Masukkan tiram dalam periuk bersama lendirnya sekali.
- Tambahkan air di dalamnya, dan didih di atas api kecil.
- Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk.
- Kemudian tapis airnya menggunakan penapis.
- Masukkan hampasnya semula ke dalam periuk dan panaskan dengan api kecil hingga mendidih.
- Tambahkan garam, kicap masin dan kicap soya, kacau rata hingga sos pekat.
- Tutup api dan sejukkannya.
- Setelah betul-betul sejuk baru masukkan ke dalam botol.
- Untuk tahan lebih lama simpan dalam peti ais.

SOS KARI
BAHAN-BAHAN:
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 batangserai | titik
- 200ml santan
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 helai daun limau purut
- 3 ulas bawang putih | kisar halus
- 4 ulas bawang merah | kisar halus
- 1cm halia |kisar halus
- 1/2cm kunyit hidup | kisar halus
- 1/2 sudu teh lada hitam | kisar halus
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis bahan kisar halus.
- Kemudian tambah serai dan daun limau purut, kacau rata hingga timbul minyak.
- Seterusnya masukkan serbuk kali dan santan.
- Sesekali kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah masak, tutup api

SOS MUSTARD
BAHAN-BAHAN:
- 50gm tepung jagung
- 300ml stock ayam
- ¼ sudu teh jus halia
- 50gm mustard segera
- 1 sudu makan gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh cuka
BAHAN B:
- 50gm timun | potong dadu kecil
- 50gm lobak merah | dadu kecil dan rebus
- 50gm nanas | dadu kecil
- 3-5 biji cili padi | hiris halus
- CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan A, kacau rata.
- Panaskan atas api hingga pekat dan masak.
- Tutup api dan sejukkan.
- Sos sedia dihidangkan sebagai pencicah dan dressing salad.

SOS BALOGNESE
BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging cincang
- 1 biji bawang Holland | cincang
- 1 ulas bawang putih
- 300gm tomatio | celur dalam air mendidih, kemudian buang kulit dan cincang
- 1 biji lobak merah | cincang halus
- 1 sudu makan pes tomato
- 1/2 sudu teh basil kering
- 1/2 suu teh oregano kering
- 3 sudu makan minyak zaitun
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang Holland dan bawang putih dengan minyak zaitun hingga layu.
- Setelah wangi masukkan tomato, lobak merah, kacau rata masukkan pula daging kisar.
- Kacau rata hingga daging kisar berubah warna.
- Tuangkan 200ml air, masukkan pes tomati.
- Perasakan dengan sedikit garam, serbuk lada sulah, oregano dan basil kering.
- Setelah pekat, tutup api, sedia dihidangkan sebagai sos untuk spageti.
- Untuk penambah rasa, boleh taburkan dengan keju pamersan.

SOS LADA HITAM UNTUK STEAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang Holland
- 1 sudu the lada hitam | dikisar kasar
- 1/2 sudu the serbuk buah pala
- 1 sudu makan sos tomato
- 2 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh gula
- 200ml air
- 1 sudu makan mentega | untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali, masukkan mentega, tumis bawang Holland hingga layu dan wangi.
- Kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata supaya tidak bergentel.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus mengacau di atas api sederhana.
- Masukkan serbuk perasa ayam, garam, gula pasir, serbuk pala, lada hitam dan sos tomato.
- Kacau rata hingga sos pekat.
- Tutup api dan sos sedia dihidangkan dengan steak.


