Makan

Sedap & Mudah. Resipi Kek Pisang Blender Perisa Coklat & Original

Share

Suka makan Kek Pisang? Perisa original atau coklat, dua-dua memang sangat sedap. Istimewa buat penggemar Kek Pisang, Nnj Qurban Aqiqah ada kongsikan resipi mudah dan sedap yang boleh dicuba. Pilih sahaja nak kek pisang perisa original atau coklat. Lebih istimewa resipi ini hanya menggunakan blender sahaja. Cukup senang terutamanya bagi yang tiada mesin pengadun. Jom cuba!

RESIPI KEK PISANG BLENDER PERISA ORIGINAL & COKLAT

BAHAN KISAR:
4 biji telur gred A/B
1/2 cawan gula pasir – beli online disini

1/2 cawan gula perang – beli online disini
1 cawan pisang
Sedikit esen vanilla – beli online disini
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan mentega/planta/butter (dicairkan) – beli online disini
BAHAN AYAK:
1 1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu teh serbuk penaik penaik – beli online disini
1 1/2 sudu teh serbuk soda bikarbonat – beli online disini
Secubit garam (jika guna mentega bergaram tidak perlu letak)
Untuk Kek Pisang Coklat, tambah 1-3 sudu besar serbuk coklat. Rasa dia seimbang tidak terlalu manis
Loyang 8×8
CARA MEMASAK:
1.Satukan telur, gula, esen vanilla dan pisang. Kisar guna blender.
2. Bila sudah sebati adunan, masukkan minyak masak dan mentega yang telah dicairkan. Blender sekejap.
3. Tuangkan adunan ke dalam bekas bahan ayak. Kaup balik adunan hingga sebati.
4. Sediakan loyang yang telah disapu mentega dan dilapis dengan baking paper.
5. Masukkan adunan kek dan hias ikut kreativiti anda.
6.Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Kemudian bakar kek pada suhu 160c selama 40-45 minit menggunakan api atas bawah. Masa mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar masing-masing.

Kredit resipi & foto: Nnj Qurban Aqiqah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur