Sedap & Mudahnya Buat Pepes Daging Ni.

Share

Korang kalau teringin makan Pepes Daging, menu daging yang dimasak dengan pelbagai rempah ratus, kemudian bakar, pegrhhhh sedap. Baunya yang wangi menjadikan  hidangan ini begitu enak sekali dijamah dengan nasi putih panas-panas ada ulam dengan sambal belacan..

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging | rebus ¾ masak
  • Daun pisang secukupnya

 

BAHAN KISAR:

  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 5 biji cili besar merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • Gula dan garam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kesemua bahan dan gaul bersama daging yang telah direbus tadi.
  2. Kemudian balut dengan daun pisang.
  3. Bakar selama 8-10 minit.
  4. Sedia dinikmati.

 

 

 

 

 

Published by
Norasida Myasin