Anda pernah cuba buat sendiri keropok lekor di rumah? Jika tidak pernah, anda harus cuba resipi perkongsian saudari Nurul Suraya Mohd Khazali ni. Sedap sangat! Malah hasilnya juga sangat lembut, segar dan yang paling penting, terjamin kebersihannya. Bila buat sendiri, anda boleh kawal penggunaan bahan pengawet dan juga penggunaan bahan perasa. Barulah boleh makan tanpa rasa ragu. Bahan yang digunakan pun sangatlah mudah dan ringkas. Jadi, selamat mencuba!
Ketupat sotong berasal dari pantai timur. Rasanya lemak manis memang dan selalu menjadi bualan bagi peminat hidangan ini. Bolehlah cuba buat sendiri ketupat sotong. Gabungan lemak santan dan manis gula melaka dimakan dengan pulut yang disumbat dalam sotong, memang mengasyikkan.
KETUPAT SOTONG
.
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan beras pulut (rendam sejam tambah garam dan santan sedikit)
400 gram sotong (dapat la dalam 9 ekor sotong kecik)
400 gram santan
Sesudu kecil halba
Daun pandan
Gula melaka
BAHAN HIRIS
Sebiji bawang merah
Sebiji bawang putih
1 inci halia
CARA MEMBUAT
1. Isi pulut yang telah direndam ke dalam sotong. Isi 3/4 penuh sahaja. (Sotong mudah pecah jika penuh).
2. Tutup balik sotong tu dengan kepalanya dan cucuk sotong macam dalam gambar.
3. Susun sotong tadi di dalam periuk. Campurkan bersama santan, halba dan bahan hiris. Tambah daun pandan.
4. Panaskan dengan api perlahan sampai sotong masak (dalam 35 minit). Kemudian masukkan garam dengan gula melaka.
5. Kacau-kacau sekejap. Siap.
Nasi Pandan Kismis Mentega ni sangat sesuai dihidangkan kepada para tetamu yang datang ke rumah pada Hari Raya ini. Aroma pandan serta mentega yang memikat selera pasti buat anda tak jemu menikmatinya. Tambahan pula makan bersama Ayam Masak Merah, memang ngam! Untuk nasi lebih sedap, gunakan Anchor Unsalted Butter. Mentega ini merupakan 100% mentega tulen New Zealand. Wajib guna dalam nasi kita. Cubalah nanti. Confirm anak-anak pun suka.
NASI PANDAN KISMIS MENTEGA
Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi – cuci bersih
2 cawan air perahan daun pandan
200ml Anchor Cooking Cream
125gram Anchor Unsalted Butter
30gram kismis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu teh garam
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bunga lawang dan hirisan bawang hingga wangi.
Tuang bahan tumisan ke dalam periuk nasi. Masukkan air perahan pandan, Anchor Cooking Cream, beras dan garam. Kacau rata lalu didihkan hingga nasi masak.
Apabila bahan cecair telah sejat, masukkan kismis lalu gaul rata.
Tabur lebihan kismis di atas nasi. Hidangkan bersama lauk pilihan.
Bosan dah ke makan biskut-biskut raya dan juadah raya? Apa kata cuba pula masak menu kampung yang tentunya menjadi pembuka selera seisi rumah. Gulai Nangka Muda Dan Ayam Masak Lemak Cili Api ini pasti sesuai untuk anda cuba. Masakan kampung macam inilah yang selaluya membuatkan kita makan bertambah-tambah. Ini resipi cara masak Gulai Nangka Muda Dan Ayam Masak Lemak Cili Api yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim
RESIPI GULAI NANGKA MUDA DAN AYAM MASAK LEMAK CILI API