Kuih ini kelihatan seperti maruku, tetapi bukan. Ia adalah Cheese Stick, , rangup dan lemak. Sangat sedap dijadikan kudapan. Korang boleh cuba dan tambahkannya dalam senarai kudapan rasa anda semua.

Cheese Stick
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung ubi
120gm keju parut kasar
50gm mentega
2 butir biji telur

Sedikit garam
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng

IKLAN

CARA MEMBUAT:

IKLAN
IKLAN
  1. Dalam mangkuk chopper masukkan keju parut, telur dan mentega. Kisar hingga halus.
  2. Tuangkan ke dalam bekas berisi tepung ubi.
  3. Uli hingga sebati dan doh lembut serta tidak lekat di tangan.
  4. Ambil sedikit doh gentel dengan memanjang dengan dua tapak tangan dan masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyaknya menggunakan api sederhana.
  5. Tunggu kuih timbul baru kacau.
  6. Setelah bertukar warna kuning keemasan, boleh angkat.
  7. Lakukan sampai habis.
  8. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

By vitakwee

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI