Pernah cuba makan Kerepek Labu? Sedap tau. Rasa rangup, lemak-lemak manis memang sangat enak walaupun tidak ditambah garam atau sebarang perisa lain. Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Nomie Harun. Pasti puas hati dengan rasanya. Sesuai dimakan seisi keluarga. Malah kos nya juga tidak mahal. Hanya guna 2 bahan sahaja. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan labu dan potong ikut ira lekok labu. Buang bijinya. 2. Kupas kulit agak-agak sahaja. Jangan kupas terlalu tebal. Cukup sekadar agak-agak masih ada warna hijau pada labu. 3. Bila sudah selesai buang kulit, sagat nipis-nipis labu menggunakan penyagat. 4. Bila siap sagat, basuh dan tos. Tak perlu rendam air garam. Basuh begitu sahaja. 5. Lapik tisu dapur atas talam. Letak kepingan labu yang di tos tadi dalam talam dan jemur.
6. Jemur hingga agak-agak kering di bawah matahari. Anggaran masa dalam ½ – 1 jam lebih kurang bergantung pada cuaca. Tujuan labu dijemur supaya nak bagi kerepek ini rangup bila digoreng.
7. Bila siap dijemur, panaskan minyak yang banyak dan goreng menggunakan api sederhana. 8. Goreng hingga agak kekuningan. Angkat dan sejukkan. 9. Bila kerepek telah sejuk, boleh simpan dalam balang.
Kalau inginkan kek yang sedap dan lembut tapi dalam saiz kecil/mini, boleh cuba resipi kek mini Hokkaido ini. Memang sedap!
Setiap suapan yang masuk dalam mulut, pasti nikmat dengan inti filling kastard yang ada di dalamnya.
Resipi yang dikongsikan Sarihah Ismail ini, pasti menambat hati kerana teksturnya yang lembut dan cukup rasa manis serta wangi.
KEK MINI HOKKAIDO
BAHAN-BAHAN:
4 biji putih telur 4 biji kuning telur 4 sudu besar gula halus 3 sudu besar gula – beli online di sini ½ cawan susu cair – beli online di sini 5 sudu besar minyak masak – beli online di sini ½ cawan tepung gandum* 2 sudu besar tepung jagung/kastard* – beli online di sini ½ sudu kecil baking powder* (ayak bahan bertanda *)
1. Pecahkan 4 biji putih telur (kuning telur letak dalam bekas lain). 2. 4 sudu besar gula halus (mixer kan sampai meringue dan letak tepi dulu yang meringue). Pastikan meringue tu jangan ada bercampur dengan sedikit air atau kuning telur. Nanti tak menjadi pula adunan.
3. Kacau-kacau 4 biji kuning telur dengan 3 sudu besar gula menggunakan whisk (godek-godek macam tu je). 4. Masukkan susu cair (boleh guna dutch lady) dan minyak masak. Sambung kacau guna whisk sampai sebati.
5. Masukkan tepung gandum, tepung jagung/kastard dan baking powder ke dalam adunan susu tadi. Kacau-kacau guna whisk. 6. Masukkan adunan putih telur. Kacau-kacau sampai sebati. 7. Panaskan ketuhar terlebih dahulu dalam.masa 10 minit, suhu 170C.
8. Masukkan adunan ke dalam bekas/acuan. Bakar di dalam ketuhar, gunakan api atas bawah pada suhu 160C selama 20 minit. 9. Kek akan betul-betul masak jika lidi yang dicucuk bersih dan tiada lekatan.
BAHAN FILLING:
1 sudu marjerin 200ml susu cair 1 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar kastard 1 biji telur 4 sudu besar gula
CARA-CARA:
1. Panaskan dulu marjerin bersama susu cair untuk cairkan marjerin. 2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, telur dan gula. Masak je semua. Pastikan sentiasa kacau guna api kecil.
NOTA:
*Jangan masak terlalu lama, nanti jadi keras. Cukup sekadar sedikit pekat / likat. *Buat lubang di bahagain tengah kek menggunakan chopstick. Kemudian, pipe filling kastard tadi. *Guna telur gred A untuk dapat banyak adunan. *Tabur gula ising untuk hiasan
Makanan laut kalau dimasak gaya lauk pauk tradisional pun teramatlah sedapnya. Lagi pulak olahan resipinya dari Chef tersohor Chef Nor Asmawati Nor Din atau lebih dikenali sebagai Chef Asma.
Tenaga pengajar dari UNITAR International University ini memang cukup dikenali dengan olahan resipi yang hebat di dunia maya. Ni Chef Asma berkongsi 4 resipi tradisi untuk sotong dan udang, rugi kalau tak cuba.
1. MASAK LEMAK SIPUT SEDUT LABU KUNING
BAHAN-BAHAN
1kg siput sedut | dibersihkan dan dibuang hujung
1/2 biji labu kuning | dipotong kecil
2 biji kelapa | santan secukupnya
1 batang serai | diketuk
1 helai daun kunyit | dicarik
2 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
10 biji cili padi
2sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
Bilas bersih siput sedut, kemudain gaulkan dengan hampas kelapa untuk menghilangkan bau hanyir dan lumpur.
Kemudian basuh bersih dan toskan, kemudian potong bahagian hujung cengkerang.
Kupas kulit labu dan rebus separuh empuk, toskan dan ketepikan.
Dalam periuk masukkan santan, bahan kisar, serai, daun kunyit dan siput. Nyalakan api sederhana.
Apabila mendidih masukkan garam, asam keping dan sayur labu
Masak lagi hingga pekat. Perasakan garam dan gula.
Saiz hidangan : 6-7 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Siput sedut yang berjus dan manis rasanya, terbaik dimasak kuah lemak
INFO CHEF : Selain siput sedut resipi yang sama juga boleh dimasak untuk ketam
SOTONG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg sotong
1 biji tomato | di potong kiub
1 tangkai daun kari
1 biji limau kasturi
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan cili kering mesin
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya menumis
Bahan dihiris :
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2.5sm halia
Bahan dibancuh dengan air untuk dijadikan pes rempah:
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dihiris hingga wangi dan kekuningan.Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing
Masukkan pes rempah dan daun kari. Tumis hingga pes masak .
Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato. Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
Perahkan limau kasturi dan kacau rata. Angkat dan hidangkan panas.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa rempah dan rasa masam manis serta pedas cili.
INFO CHEF: Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah jadi tidak perlu masuk sebarang air semasa memasak.
3. KETAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN :
4 ekor ketam | saiz sederhana
2 sudu makan sos cili
5 biji cili merah | dikisar
2.5sm halia | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
1/2 biji bawang besar | dikisar
1 sudu makan madu
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan tepung gandum | untuk disalut pada ketam sebelum digoreng
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK :
Potong ketam pada dua bahagian dan dibilas bersih, kemudian toskan.
Gaulkan ketam bersama sedikit garam dan salutkan dengan tepung gandum. Goreng hingga agak masak dan angkat.
Kisar bawang besar dan bawang putih, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
Setelah naik bau baru masukkan cili kisar. Selepas itu masukkan madu, sos cili dan air.
Setelah agak pekat baru masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
Perasakan dengan garam dan gula. Angkat dan hiaskan ketam bercili tadi dengan hirisan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 10 hingga 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Kaya dengan rasa sos dan pedas secukupnya
INFO CHEF : Pilih ketam segar yang mempunyai banyak isi untuk rasa yang lebih sedap.
4. GULAI LEMAK UDANG DENGAN PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN :
12 ekor udang | saiz XXL
1 ikat pucuk ubi | direbus hingga empuk
1 helai kunyit hidup | dicarik
500ml santan dan air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
10 tangkai cili padi | ikut kepedasan yang disukai
5 ulas bawang merah
2.5sm kunyit hidup
CARA MEMASAK :
Masak bahan kisar dan air secukup di atas dapur sehingga cilinya sedikit masak.
Masukkan santan dan udang. Masak hingga mendidih dan masukkan pucuk ubi dan daun kunyit.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 hingga 20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Gabungan udang dan pucuk ubi, gandingan yang melazatkan sajian.
INFO CHEF : Ketika menyiang udang besar pastikan usus di belakangnya dibuang agar udang benar-benar bersih.
RESIPI : CHEF NOR ASMAWATI NOR DIN
TERIMA KASIH : UNITAR International University, 3-01A Level 2, Tierra Crest, Jalan SS 6/3, Petaling Jaya, Selangor. https://unitar.my
JIKA ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG TERBAIK, BOLEH LAYARINYA DI SINI.
Malam-malam ni kalau bosan nak makan berat-berat, ummph syok betul kalau dapat hirup sup cendawaan shitake. Kalau nak beli kafe mau terbang Rm 7 lebih semangkuk. Kalau buat homemade boleh guna cendawan segar dan sesuai untuk mereka yang ‘umatnya’ ramai…hehehe.
Ni min kongsikan resipi dari Nana Aziz untuk dicuba, buatlah nanti kejap aje buatnya. Yang penting cendawan shiitake memang diakui berkhasiat. Kalau makan di kafe atau restoran, ntah-ntah dihidang dari dalam tin aje.
SUP CENDAWAN SHIITAKE ALA IKEA
BAHAN-BAHAN :
Sepeket cendawan shitake | separuh racik dan separuh dikisar
Bahan dikisar Bersama :
6 keping keju
1 kiub ayam
6 sudu besar susu tepung
Air secukupnya ikut kepekatan
4 sudu besar tepung gandum | dibancuh dengan secawan air
Sedikit daun parsley kering
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.
2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.
3. Kalau kurang pekat tambah lagi bancuhan tepung tadi.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.