Maruku antara snek atau kudapan yang wajib ada di atas meja hidangan ketika hari raya. Tak nafikan memang ramai peminat maruku tidak kira usia daripada kanak-kanak hinggalah dewasa. Berbual-bual sambil makan maruku sangatlah mengasyikkan. Tak sedar habis sebalang maruku dimakan. Jomlah kita cuba buat Maruku Patawali berdasarkan resipi yang dikongsikan oleh Fauzi Karim
RESIPI MARUKU PATAWALI/BAKAWALI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras –BELI ONLINE 1/4 cawan tepung kacang kuda 1/4 cawan tepung jagung – BELI ONLINE 1/2 sudu kecil jintan kecil 1/2 sudu kecil bijan putih 1/2 sudu kecil bijian omam ( kalau tak dapat tak apa) 1 sudu kecil Jemuju (kedai mamak/ kedai India biasanya ada jual) Garam secukupnya –BELI ONLINE 1 sudu besar gula –BELI ONLINE 1 sudu besar planta Secubit serbuk hing (asafoetida) Santan dari 1/2 kelapa (anggaran 1 cawan)
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Dalam bekas besar, masukkan semua bahan kecuali santan. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit sampai jadi macam doh capati.
Inilah jemuju.
3. Guna acuan maruku (Patawali/Bakawali) dan bentukkan seperti lingkaran di atas daun pisang untuk hasilkan maruku yang bulat-bulat.
4. Goreng sehingga kuning keemasan dengan api sederhana.
5. Angkat dan toskan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Nak belajar cara-cara masak Tauhu Bergedil homemade? Sedapnya kalau dapat makan panas-panas kan? Ada pula sambal kicap. Memang makan tak henti. Kalau beli, sebiji tauhu ni RM1. Tak puas nak makan. Jadi, bolehlah cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni. Memang mudah & nampak sedap!
RESIPI TAUHU BERGEDIL
BAHAN-BAHAN:
1 paket Tauhu pop – yang biasa letak dalam kuah mi kari
5-6 biji ubi kentang – hiris nipis dan goreng
Daun sup secukupnya – hiris halus
Bawang goreng secukupnya
100gm daging cincang – digoreng
1 sudu teh garlic salt – jika ada. Boleh gantikan dengan garam biasa atau pati ayam. Jumlah ikut kesesuaian.
1 sudu teh lemon pepper – boleh guna lada hitam biasa
1-2 biji telur – dipukul
CARA MEMASAK:
1. Gunting permukaan kulit tauhu dan korek isinya. Ketepikan.
2. Kentang yang telah digoreng, ditumbuk hingga lumat.
3. Kemudian masukkan ke dalam bekas bersama dengan daging goreng, daun sup, bawang goreng, garlic salt dan lemon pepper. Jika suka, lebihan isi tauhu boleh dicampur sekali.
4. Gaul rata semua bahan dan bulat-bulatkan. Kemudian sumbat ke dalam tauhu. Buat hingga habis.
5. Kemudian salut tauhu tadi dengan telur yang telah dipukul.
6. Goreng seketika dan angkat bila nampak kekuningan dan garing. Angkat dan toskan.
7. Sedia dinikmati bersama sambal kicap.
RESIPI SAMBAL KICAP ( Jumlah bahan ikut citarasa)
BAHAN-BAHAN:
Cili merah dan cili hijau
Cili api secukupnya
Limau kasturi secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Kicap
CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan sambal dan kisar halus. Kemudian simpan dalam peti sejuk untuk dapatkan kepekatan sambal yang dikehendaki.
Kuih Cakoi makan panas-panas memang padu lah. Lembut, gebu dan berongga di dalam nikmatnya bila tetamu dapat merasa. Rahsia kegebuannya ni terletak daripada bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaannya.
Jom semak perkongsian rahsia resipi kuih cakoi yang lembut dan gebu di FB Resipi Sedap Mudah Dibuat, resipi dari Hamidah. Cubalah nanti masa berbuka nanti.
KUAH CAKOI LEMBUT GEBU
BAHAN-BAHAN :
1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camca teh yis segera
1 camca teh gula
1 camca teh garam
1/2 camca teh soda bikarbonat
1 camca besar minyak mazola
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
LANGKAH PERTAMA :
Dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan ys segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan .
Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi. Adun sehingga sebati terlebih dahulu.
LANGKAH KEDUA :
Pindahkan adunan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh.
Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm. Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.
Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.
LANGKAH KETIGA :
Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1sm tebal dan panjang 2 sm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.
LANGKAH KEEMPAT :
Apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.
Popia Bebola Daging Berkeju aka Popia Meatball Cheese memang padulah rasa dan rupanya. Resipi punyalah ringkas, cepat siapnya. Bagi yang sibuk inilah resipi paling simple.
Anak-anak memang suka sangat nih. Hujung minggu kalau buat sarapan memang cepat dimasak , segera dimakan. Rasa lemak keju dan manis daging ,perggh memang snek yang sungguh mengenyangkan..