Sedap & Rangupnya Maruku Patawali, Tak Sedar Makan Habis Sebalang

Share

Maruku antara snek atau kudapan yang wajib ada di atas meja hidangan ketika hari raya. Tak nafikan memang ramai peminat maruku tidak kira usia daripada kanak-kanak hinggalah dewasa. Berbual-bual sambil makan maruku sangatlah mengasyikkan. Tak sedar habis sebalang maruku dimakan. Jomlah kita cuba buat Maruku Patawali berdasarkan resipi yang dikongsikan oleh Fauzi Karim

RESIPI MARUKU PATAWALI/BAKAWALI

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung beras –BELI ONLINE
1/4 cawan tepung kacang kuda
1/4 cawan tepung jagung – BELI ONLINE
1/2 sudu kecil jintan kecil
1/2 sudu kecil bijan putih
1/2 sudu kecil bijian omam ( kalau tak dapat tak apa)
1 sudu kecil Jemuju (kedai mamak/ kedai India biasanya ada jual)
Garam secukupnya –BELI ONLINE
1 sudu besar gula –BELI ONLINE
1 sudu besar planta
Secubit serbuk hing (asafoetida)
Santan dari 1/2 kelapa (anggaran 1 cawan)

CARA MEMBUAT:

1. Dalam bekas besar, masukkan semua bahan kecuali santan. Kacau rata.

2. Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit sampai jadi macam doh capati.

Inilah jemuju.

 

3. Guna acuan maruku (Patawali/Bakawali) dan bentukkan seperti lingkaran di atas daun pisang untuk hasilkan maruku yang bulat-bulat.

 

4. Goreng sehingga kuning keemasan dengan api sederhana.

5. Angkat dan toskan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber kredit: Fauzi Karim

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Has