Sedap! Resipi Puding Laici Macam Zaman 90-an

Share

Bagi penggemar manisan, resipi Puding Laici zaman 90 an perkongsian saudari Muhammad Ali atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mr Ali ini sangat perlu anda cuba. Ia adalah salah satu resipi ibunya dan popular dikalangan mak-mak zaman 90-an. Menurut beliau resipi ini sangat mudah. Hanya menggunakan satu lapisan sahaja dan dinasihatkan membuatnya dalam kuantiti yang banyak kerana sangat sedap! Pasti tak cukup kalau buat sedikit sahaja. Satu adunan ini boleh menggunakan loyang bersaiz 9 inci (empunya resipi guna loyang petak saiz 8 inci dan acuan Canele). Selamat mencuba!

 

CARA MEMBUAT PUDING LAICI SEDAP GUNA RESIPI MAK-MAK ZAMAN 90 AN

BAHAN-BAHAN:
12gm agar-agar tali beli online disini
6 cawan air (1 cawan air: 250ml)
1 tin laici beli online disini
1 tin susu cair beli online disini
1 cawan gula
3 biji telur gred B
2 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan 3 sudu makan air beli online disini
1 sudu kecil esen vanilla beli online disini
1 sudu kecil garam

CARA MEMASAK:
1. Basuh agar-agar tali dan masukkan ke dalam periuk bersama air dan agar – agar tali. Biarkan dalam 5-6 minit atau sampai mendidih. Kacau perlahan-lahan dengan menggunakan api perlahan.

2. Selepas itu masukkan gula. Biarkan gula larut terlebih dahulu sambil dikacau-kacau.

3. Bila sudah larut, masukkan air laici (air sahaja) dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah. Kacau sebati.

4. Sementara itu pecahkan telur. Kacau sebati dan masukkan bersama susu cair.

5. Masukkan esen vanila dan juga garam. Kacau biar sebati. Ketepikan.

6. Dalam bekas berlainan, masukkan bancuhan tepung kastard yang telah diadun bersama air. Kacau sebati dan masukkan ke dalam telur yang sudah dikacau dengan susu cair tadi.

7. Kacau sebati dan masukkan ke dalam adunan agar-agar laici tadi.

8. Kacau perlahan-lahan selama 6-8 minit menggunakan api perlahan.

9. Bila sudah mendidih, masukkan buah laici dan kacau lagi dalam 10 saat kemudian padamkan api.

10. Masukkan adunan puding ke dalam acuan atau loyang yang bersesuaian.

11. Jangan terus masukkan dalam peti, biarkan di luar terlebih dahulu selama 40 minit kemudian barulah dimasukkan dalam peti sejuk dan dinginkan selama 3 jam.

12. Bila sudah mengental sempurna, boleh dipotong dan dihidangkan.

 

NOTA: Agar-Agar tali sangat sesuai digunakan kerana teksturnya yang stabil dan hasilnya tidak terlalu lembik.

Kredit resipi & foto: Muhammad Ali @ Mr Ali

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Nur