Wow, sedapnya Puding Roti Krim ni. Biasanya jika but Puding Roti, kita akan guna lebihan roti sandwich. Tapi kali ini saudari Rozmaliza Omar berkongsi resipi yang menggunakan roti krim. Nampak enak dan warnanya juga menarik. Jom cuba! Keluarga anda pasti sukakan rasanya.

CARA BUAT PUDING ROTI KRIM YANG SEDAP

Sedap! Resipi Puding Roti Krim Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan susu segar
Esen vanila secukupnya beli online disini
3 biji telur gred A
2 sudu besar gula (empunya resipi kurangkan gula sebab guna roti krim) – beli online disini
4 bungkus roti krim pelbagai perisa
Mentega untuk sapu pada loyang 6″
Sedap! Resipi Puding Roti Krim Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dan gula hingga hancur. Masukkan susu segar dan esen vanila. Kacau rata. Ketepikan.
2. Koyak-koyakkan roti dan susun dalam mangkuk tahan panas yang sudah disapu mentega.
Sedap! Resipi Puding Roti Krim Mudah & Tak Guna Banyak Bahan3. Setelah itu, tuangkan adunan telur hingga rata. Letakkan sedikit mentega di atas adunan.
Sedap! Resipi Puding Roti Krim Mudah & Tak Guna Banyak Bahan4. Biarkan sebentar untuk roti menyerap cecair. Kemudian bakar selama 40 minit pada suhu 150c.
Sedap! Resipi Puding Roti Krim Mudah & Tak Guna Banyak Bahan 5. Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan sos kastard.

Sedap! Resipi Puding Roti Krim Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ayam Masak Bawang Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Ayam Sweet Sour Chinese Style Yang Sedap & Mudah

Resipi Kek Keju Meleleh Pandan Kukus. Lembut Gebu Memang Sedap

Cara Mudah Buat Whipping Cream Secara Homemade

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI